Minyak Pati Tunggal

Frankincense Essential Oil (Boswellia carteri)

Frankincense Essential Oil (Boswellia carteri)

Minyak pati Frankincense diekstrak daripada resin pokok Boswellia, dan dikenali sebagai 'emas cecair' dalam dunia aromaterapi. Aromanya hangat dan mendalam.

  • Botol 10ml
  • Daripada resin pokok Boswellia
  • Asal: India
  • Aroma hangat dan mendalam

Beli di Shop GritzTanya di WhatsApp

Damar frankincense (Boswellia), disuling menjadi minyak pati.
Damar frankincense (Boswellia), disuling menjadi minyak pati.

Tentang produk ini

Digunakan sejak berabad-abad lamanya. Sesuai untuk menenangkan minda yang resah, menemani masa bertenang dan mencipta suasana damai. Bila dihidu melalui wap, aromanya memberi rasa lega pada pernafasan. Digemari juga dalam penjagaan kulit, terutama kulit matang dan kering.

Diformulasi untuk membantu

Kesan mungkin berbeza mengikut individu dan memerlukan penggunaan yang konsisten.

Cara guna

  1. Hidu: hidu terus dari botol, atau titiskan beberapa titis pada sapu tangan atau tisu dan tarik nafas dalam-dalam.
  2. Diffuser: titiskan 4 hingga 8 titis ke dalam air diffuser atau pembakar aroma.
  3. Urutan: campurkan 1 hingga 2 titis dengan setiap 1 sudu kecil minyak pembawa seperti CO3, kemudian urut perlahan dengan gerakan bulat.
  4. Mandian atau rendaman: campurkan 6 titis dengan 1 sudu kecil minyak pembawa, masukkan ke dalam air mandian atau semangkuk air suam, dan rendam kaki atau tangan selama 10 hingga 15 minit.
  5. Wap: titiskan beberapa titis ke dalam semangkuk air panas, tutup kepala dengan tuala dan tarik nafas perlahan-lahan.
  6. Ikut juga arahan pada label botol.

Bahan

Minyak pati Frankincense. Sesuai diadun dengan Basil, Cajeput, Cedarwood, Ginger, Juniper, Lavender, Lemon, Peppermint, Tea Tree, Rosemary dan Thyme.

Baca label sebelum guna. Jauhkan daripada mata dan capaian kanak-kanak.

Lihat semua produk Gritz