Minyak Pati Tunggal

Geranium Essential Oil (Pelargonium graveolens)

Geranium Essential Oil (Pelargonium graveolens)

Minyak pati Geranium disuling daripada daun dan bunga pokok geranium. Aromanya floral, manis seakan mawar.

  • Botol 10ml
  • Daripada daun dan bunga geranium
  • Asal: India
  • Aroma seakan mawar

Beli di Shop GritzTanya di WhatsApp

Bunga dan daun geranium (Pelargonium graveolens).
Bunga dan daun geranium (Pelargonium graveolens).

Tentang produk ini

Dihargai kerana membantu emosi rasa lebih stabil, menyerlahkan seri kulit dan mengembalikan ketenangan. Sesuai untuk tekanan harian, rutin penjagaan kulit atau menaikkan mood, dan digemari wanita yang melalui perubahan hormon. Boleh juga dicampur dalam minyak rambut supaya rambut nampak lebih berkilau.

Diformulasi untuk membantu

Kesan mungkin berbeza mengikut individu dan memerlukan penggunaan yang konsisten.

Cara guna

  1. Hidu: hidu terus dari botol, atau titiskan beberapa titis pada sapu tangan atau tisu dan tarik nafas dalam-dalam.
  2. Diffuser: titiskan 4 hingga 8 titis ke dalam air diffuser atau pembakar aroma.
  3. Urutan: campurkan 1 hingga 2 titis dengan setiap 1 sudu kecil minyak pembawa seperti CO3, kemudian urut perlahan dengan gerakan bulat.
  4. Mandian atau rendaman: campurkan 6 titis dengan 1 sudu kecil minyak pembawa, masukkan ke dalam air mandian atau semangkuk air suam, dan rendam kaki atau tangan selama 10 hingga 15 minit.
  5. Wap: titiskan beberapa titis ke dalam semangkuk air panas, tutup kepala dengan tuala dan tarik nafas perlahan-lahan.
  6. Ikut juga arahan pada label botol.

Bahan

Minyak pati Geranium (Pelargonium graveolens). Sesuai diadun dengan Basil, Bergamot, Cedarwood, Lemon, Grapefruit, Orange, Rose, Rosemary, Sandalwood dan Ylang-ylang.

Peringatan

Penggunaan dos terlalu tinggi boleh merengsakan kulit.

Baca label sebelum guna. Jauhkan daripada mata dan capaian kanak-kanak.

Lihat semua produk Gritz