Jasmine 3% Essential Oil (Jasminum officinale)

Minyak pati Jasmine diekstrak daripada bunga melur yang lembut. Aromanya eksotik, floral dan sangat menenangkan.
- Botol 10ml
- Daripada bunga melur
- Asal: India
- Bahan utama banyak minyak wangi

Tentang produk ini
Digelar 'Queen of the Night' kerana harumannya yang kuat, manis dan mendalam. Sesuai untuk mewujudkan suasana yang tenang, membantu relaksasi sebelum tidur, menaikkan mood dan keyakinan diri, dan menyerlahkan seri kulit. Sering dipilih juga untuk suasana romantik bersama pasangan.
Diformulasi untuk membantu
- Tidur yang lebih berkualiti
- Menyokong kesihatan kulit
- Menaikkan mood, rasa gembira dan keyakinan diri
- Meningkatkan keinginan intim, mood dan tenaga
- Sifat pembersih semula jadi dalam penjagaan kulit
Kesan mungkin berbeza mengikut individu dan memerlukan penggunaan yang konsisten.
Cara guna
- Hidu: hidu terus dari botol, atau titiskan beberapa titis pada sapu tangan atau tisu dan tarik nafas dalam-dalam.
- Diffuser: titiskan 4 hingga 8 titis ke dalam air diffuser atau pembakar aroma.
- Urutan: campurkan 1 hingga 2 titis dengan setiap 1 sudu kecil minyak pembawa seperti CO3, kemudian urut perlahan dengan gerakan bulat.
- Mandian atau rendaman: campurkan 6 titis dengan 1 sudu kecil minyak pembawa, masukkan ke dalam air mandian atau semangkuk air suam, dan rendam kaki atau tangan selama 10 hingga 15 minit.
- Wap: titiskan beberapa titis ke dalam semangkuk air panas, tutup kepala dengan tuala dan tarik nafas perlahan-lahan.
- Ikut juga arahan pada label botol.
Bahan
Minyak pati Jasmine (Jasminum officinale). Sesuai diadun dengan Bergamot, Clary Sage, Cedarwood, Frankincense, Geranium, Orange, Rose, Rosewood, Sandalwood dan Ylang-ylang.
Peringatan
Hindari semasa hamil.
Baca label sebelum guna. Jauhkan daripada mata dan capaian kanak-kanak.
