Penyelidikan

Kerjasama penyelidikan tiga pihak: Gritz, USM dan Pusat Racun Negara

EASE Nasal Stick · Universiti Sains Malaysia (USM) · Pusat Racun Negara (PRN)

Majlis menandatangani memorandum persefahaman kerjasama penyelidikan antara Gritz, Universiti Sains Malaysia dan Pusat Racun Negara
Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) kerjasama penyelidikan antara Gritz, Universiti Sains Malaysia dan Pusat Racun Negara. USM diwakili Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dato' Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed (dua dari kiri). Gritz diwakili Pengasas, Bonda Rita Omar (dua dari kanan), dan Pengasas Bersama, Nur Fatehah Basran (kanan).

Gritz, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Pusat Racun Negara (PRN) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk kerjasama penyelidikan tiga pihak bagi mengkaji EASE Nasal Stick, inhaler minyak pati yang dirumus oleh pengasas kami, Bonda Rita Omar. Kajian ini bermula pada 1 Jun 2022.

MoU itu ditandatangani bagi pihak Gritz oleh Pengasas, Bonda Rita Omar, dan Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, Nur Fatehah Basran. USM diwakili Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dato' Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed. Majlis turut dihadiri wakil TERAJU, Encik Mohd Fazzil.

Wakil Gritz, USM, Pusat Racun Negara dan TERAJU selepas majlis menandatangani MoU
Selepas majlis: Nur Fatehah Basran (dua dari kiri), Bonda Rita Omar (tiga dari kiri), Prof. Dato' Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed (empat dari kiri), Encik Mohd Fazzil dari TERAJU (lima dari kiri), Dr. Amira Suriaty Yaakop (dua dari kanan) dan Dr. Nur Azzalia Kamaruzaman (kanan), bersama wakil USM dan Pusat Racun Negara.

Disokong TERAJU melalui SUPERB

Gritz ialah penerima dana SUPERB di bawah TERAJU (Unit Peneraju Agenda Bumiputera), dan pemenang SUPERB TERAJU 2021. Kami berterima kasih kepada TERAJU atas sokongan dalam perjalanan EASE Nasal Stick, termasuk kehadiran wakilnya di majlis ini.

Kajian makmal

Kajian makmal bertajuk The Effects of Ease Nasal Inhaler Towards Smokers' Analyses diketuai penyelidik USM, Dr. Amira Suriaty Yaakop, dengan penglibatan Dr. Nur Azzalia Kamaruzaman, Pengarah Pusat Racun Negara.

Dalam ujian makmal itu, minyak pati EASE lulus ujian sitotoksisiti dan tidak merangsang pelepasan dopamin seperti nikotin. Ujian ini dijalankan ke atas sel di makmal, bukan ke atas manusia.

Ujian kualiti lain

Selain kajian bersama USM, EASE juga menjalani ujian makmal di INBIOSIS, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kenali rakan kolaborasi Gritz yang lain