Rose 3% Essential Oil (Rosa damascena)

Minyak pati Rose diekstrak daripada kelopak bunga ros yang segar dan halus. Haruman floralnya lembut, mewah dan mendalam.
- Botol 10ml
- Kepekatan 3% Rosa damascena
- Asal: India
- Haruman floral yang mewah

Tentang produk ini
Membantu menenangkan perasaan dan menaikkan mood, dan digemari wanita untuk rasa selesa semasa perubahan hormon. Pilihan utama juga untuk penjagaan kulit kerana membantu melembapkan dan menjadikan kulit lebih berseri.
Diformulasi untuk membantu
- Melegakan rasa cemas dan membantu tidur lebih lena
- Melegakan senggugut dan rasa tidak selesa semasa menopaus
- Aroma yang menenangkan dan menceriakan
- Ton kulit lebih sekata dan wajah lebih berseri
Kesan mungkin berbeza mengikut individu dan memerlukan penggunaan yang konsisten.
Cara guna
- Hidu: hidu terus dari botol, atau titiskan beberapa titis pada sapu tangan atau tisu dan tarik nafas dalam-dalam.
- Diffuser: titiskan 4 hingga 8 titis ke dalam air diffuser atau pembakar aroma.
- Urutan: campurkan 1 hingga 2 titis dengan setiap 1 sudu kecil minyak pembawa seperti CO3, kemudian urut perlahan dengan gerakan bulat.
- Mandian atau rendaman: campurkan 6 titis dengan 1 sudu kecil minyak pembawa, masukkan ke dalam air mandian atau semangkuk air suam, dan rendam kaki atau tangan selama 10 hingga 15 minit.
- Wap: titiskan beberapa titis ke dalam semangkuk air panas, tutup kepala dengan tuala dan tarik nafas perlahan-lahan.
- Ikut juga arahan pada label botol.
Bahan
Minyak pati Rose (Rosa damascena). Sesuai diadun dengan Lavender, Jasmine, Geranium, Bergamot, Lemon, Sweet Orange, Frankincense, Sandalwood dan Patchouli.
Peringatan
Penggunaan dos terlalu tinggi boleh merengsakan kulit.
Baca label sebelum guna. Jauhkan daripada mata dan capaian kanak-kanak.
