Sweet Dream: roll-on aromaterapi untuk rutin malam

Sweet Dream ialah adunan Marjoram, Lavender dan minyak Sweet Almond dalam botol roll-on, teman semula jadi waktu malam anda.
- Botol roll-on
- Marjoram dan Lavender
- Mudah dibawa ke mana-mana

Tentang produk ini
Aromanya membantu menenangkan minda yang berserabut dan rasa gelisah, supaya lebih mudah lena. Minyak Sweet Almond yang ringan melembapkan kulit tanpa rasa berminyak.
Diformulasi untuk membantu
- Masalah susah tidur
- Kualiti tidur yang kurang baik
- Susah lena pada waktu malam
- Rasa cemas dan gelisah
- Perasaan yang berat dan resah sebelum tidur
Kesan mungkin berbeza mengikut individu dan memerlukan penggunaan yang konsisten.
Cara guna
- Hidu: roll sedikit pada tapak tangan, gosok kedua-dua tapak tangan, pekap pada hidung dan hidu dalam-dalam.
- Sapu di belakang telinga dan urut perlahan. Boleh juga disapu di pergelangan tangan.
- Bantal: roll atau titiskan sedikit pada bantal atau tisu sebelum tidur.
Bahan
Marjoram, Lavender dan minyak Sweet Almond.
Baca label sebelum guna. Jauhkan daripada mata dan capaian kanak-kanak.
