EASE Nasal Stick: inhaler aromaterapi untuk yang ingin berhenti merokok

Inhaler aromaterapi yang dihidu, bukan dimakan. Untuk tuan yang ingin mengurangkan tabiat merokok atau vape, EASE membantu mengalihkan perhatian daripada keinginan itu, supaya tuan rasa lebih segar dan tenang.
- Dihidu melalui hidung, bukan dimakan
- Muat di dalam poket, lengkap dengan tali lanyard
- Boleh diisi semula dengan pek refill
- Satu stick tahan sehingga kira-kira 2 bulan, bergantung pada kekerapan
Cara guna
- Tutup lubang hidung kiri. Letakkan EASE pada lubang kanan dan hidu sedalam-dalamnya, sekurang-kurangnya 3 kali.
- Tukar: tutup lubang kanan, dan hidu pada lubang kiri, sekurang-kurangnya 3 kali.
- Ulang sehingga rasa segar, atau sehingga rasa nak merokok itu reda.
Setiap kali rasa nak merokok atau vape, hidu EASE dahulu. Tuan boleh menghidu sekerap mana yang perlu dalam sehari, tetapi banyakkan minum air kosong untuk mengelakkan tekak kering.
Garis masa: apa yang boleh dijangka
- Hari pertama: mula dengan kurangkanTak perlu berhenti serta-merta. Kurangkan dahulu, contohnya daripada 12 batang sehari kepada 5 batang. Setiap kali teringin, hidu EASE dahulu.
- Minggu-minggu awal: badan menyesuaikan diriBadan mungkin rasa lesu, susah fokus, susah tidur, cepat beremosi atau selera makan bertambah. Ini kesan berkurangnya nikotin, bukan tanda gagal.
- Sekitar hari ke-21: nikotin keluar daripada badanSelepas kira-kira 21 hari tanpa nikotin, nikotin biasanya sudah keluar sepenuhnya daripada badan. Tempohnya berbeza bagi setiap orang, bergantung pada berapa lama tuan merokok.
- Selepas itu: teruskanTeruskan menghidu EASE setiap kali keinginan datang, sehingga ia tidak lagi datang.
Penjagaan
- Minum banyak air kosong, kerana minyak pati boleh membuat tekak cepat kering.
- Simpan tertutup, jauh daripada cahaya matahari terus, supaya bau tidak cepat hilang.
- Guna secara konsisten.
Keselamatan
Sesuai untuk kebanyakan orang, termasuk kanak-kanak seawal 2 tahun, wanita hamil dan warga emas. Pengidap G6PD tidak digalakkan menggunakannya.
Penyelidikan
EASE turut dikaji melalui kerjasama penyelidikan tiga pihak bersama Universiti Sains Malaysia dan Pusat Racun Negara.
Soalan lazim
- Saya tak dapat hidu baunya. Kenapa?
- Deria bau perokok memang sering terjejas. Teruskan penggunaan secara konsisten dan kurangkan rokok dalam tempoh itu.
- Boleh saya guna untuk hidung tersumbat?
- Ya. EASE juga melegakan saluran pernafasan yang tersumbat.
- Bila stick habis, perlu beli baharu?
- Tidak. Isi semula dengan pek refill EASE.
EASE ialah sokongan untuk individu yang ingin mengurangkan tabiat merokok, bukan ubat. Baca label sebelum guna.
