Pusat Ilmu

Haid tak teratur: 7 punca biasa

Pusat Ilmu Gritz · Rak 3: Hormon dan haid · 28 November 2026

Wanita menyemak kitaran haid dalam aplikasi telefon
Jawapan ringkas

Kitaran haid yang normal bagi wanita dewasa ialah antara 21 hingga 35 hari, dengan haid selama 2 hingga 7 hari. Haid dikira tak teratur bila jarak kitaran berubah-ubah jauh dari bulan ke bulan, atau tiba-tiba tak datang. Punca yang paling biasa ialah stres, perubahan berat badan, PCOS, masalah tiroid dan perimenopaus. Jika ada kemungkinan mengandung, buat ujian kehamilan dahulu.

Ditulis olehBonda Rita OmarAromaterapis Bertauliah IFA (UK) dan Menopause Coach (CMA, USA)

Faham kitaran haid dahulu

Kitaran haid dikawal oleh hormon yang bekerja macam jam penggera berantai: otak memberi isyarat, ovari bertindak balas, dan dinding rahim bersedia setiap bulan. Bila salah satu "jam" ini terganggu, kitaran pun lari.

Kira kitaran dari hari pertama haid hingga hari sebelum haid seterusnya. Beza beberapa hari antara bulan adalah biasa.

7 punca biasa haid tak teratur

  1. Stres. Tekanan kerja, masalah keluarga atau kurang tidur boleh mengganggu isyarat hormon dari otak, sehingga haid lambat atau tak datang.
  2. Perubahan berat badan yang mendadak. Berat naik atau turun dengan cepat, diet yang terlalu ketat, atau senaman yang terlalu berat boleh menjejaskan kitaran.
  3. PCOS (sindrom ovari polisistik). Keadaan hormon yang biasa pada wanita muda. Tanda lain termasuk jerawat, bulu tumbuh lebih banyak dan berat badan susah turun.
  4. Masalah tiroid. Kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau kurang aktif boleh membuatkan haid jadi lebih jarang, lebih kerap atau lebih banyak.
  5. Perimenopaus. Bagi wanita 40-an, haid yang mula berubah selalunya tanda awal peralihan ke menopaus.
  6. Ubat, pil perancang dan penyusuan. Pil atau suntikan perancang, sesetengah ubat, dan tempoh menyusukan bayi boleh mengubah corak haid.
  7. Fibroid atau polip rahim. Ketumbuhan yang biasanya tidak berbahaya ini boleh menyebabkan haid lebih banyak, lebih lama, atau pendarahan antara haid.

Apa yang boleh anda buat

Bawa catatan tarikh haid anda bila berjumpa doktor.
Bawa catatan tarikh haid anda bila berjumpa doktor.

Bila perlu jumpa doktor

Jumpa doktor jika haid tidak datang 3 bulan berturut-turut dan anda tidak mengandung, kitaran kurang dari 21 hari atau lebih dari 35 hari, haid lebih dari 7 hari, darah terlalu banyak sehingga perlu tukar pad setiap jam, ada pendarahan antara haid atau selepas hubungan intim, atau ada sakit yang kuat.

Tonton: Jenis-jenis hormon wanita

Jenis-jenis hormon wanita

Lebih banyak video di saluran YouTube kami: Gritz Essential Oils.

Cara Gritz boleh bantu

RePause Balance

Bagi wanita 40-an yang haidnya mula berubah kerana perimenopaus, baca juga tanda awal perimenopaus. RePause Balance daripada Gritz diformulasi untuk membantu wanita yang melalui perubahan hormon dalam fasa ini.

Kelebihan beli terus di Shop Gritz

Tawaran order pertama sah 7 hari selepas anda log masuk, kuota terhad. Boleh digabung dengan baucar RM10.

Beli terus dari GritzTentang RePause Balance

Juga ada di Shopee, Lazada, TikTok Shop dan lebih 260 farmasi.

Soalan lazim

Haid lambat seminggu, perlu risau?
Lambat beberapa hari sekali-sekala adalah biasa, terutama bila stres atau kurang tidur. Jika ada kemungkinan mengandung, buat ujian kehamilan.
Berapa hari kitaran haid yang normal?
Bagi wanita dewasa, 21 hingga 35 hari. Remaja yang baru mula haid boleh ada kitaran yang lebih panjang dan tak tetap.
Haid tak teratur boleh jejaskan peluang mengandung?
Ia boleh menyukarkan anda mengagak waktu subur. Jika anda merancang untuk mengandung, jumpa doktor untuk semakan.
Adakah haid tak teratur pada umur 40-an tanda menopaus?
Selalunya ia tanda perimenopaus, iaitu fasa sebelum menopaus. Tetapi punca lain juga perlu diambil kira, jadi catat dan bincang dengan doktor.

Baca seterusnya

Artikel ini maklumat umum, bukan pengganti nasihat doktor anda.