Cara berhenti merokok: panduan langkah demi langkah
Pusat Ilmu Gritz · Rak 1: Bebas asap · 28 November 2026

Berhenti merokok paling berjaya bila anda urus dua ketagihan sekali gus: ketagihan nikotin dalam badan, dan tabiat tangan dan mulut yang dah jadi rutin. Tetapkan tarikh berhenti, kenal pasti waktu anda paling teringin, dan sediakan pengganti untuk setiap craving. Craving datang macam ombak: ia naik, memuncak, kemudian surut dalam beberapa minit.
Kenapa berhenti merokok terasa sangat susah
Ramai perokok kata "dah cuba, tak pernah berjaya". Itu bukan sebab lemah semangat. Rokok mengikat anda dengan dua tali:
- Nikotin. Badan dah biasa menerima nikotin beberapa kali sehari. Bila tak dapat, badan "minta" dengan rasa resah dan gelisah.
- Tabiat. Kira sendiri: 10 batang sehari, setiap batang lebih kurang 20 kali sedut. Itu 200 kali sehari tangan dan bibir buat gerakan yang sama. Tabiat sekuat ini tak hilang hanya dengan niat.
Sebab itu gula-gula atau tampalan nikotin sahaja selalunya tak cukup: ia ganti nikotin, tapi tak ganti tabiat tangan dan nafas.

Langkah 1: Tetapkan tarikh dan sebab anda
Pilih satu tarikh dalam masa dua minggu. Tulis sebab anda mahu berhenti dan simpan dalam telefon. Sebab yang paling kuat biasanya peribadi: anak yang mula menjauh sebab bau asap, dada yang sesak, atau duit yang habis setiap bulan.
Langkah 2: Kenal pasti waktu anda paling teringin
Selama 3 hari sebelum tarikh berhenti, catat bila anda merokok: selepas makan, dengan kopi, dalam kereta, waktu tertekan, atau bila berkumpul dengan kawan. Inilah "waktu bahaya" yang perlu ada rancangan.
Langkah 3: Sediakan pengganti untuk setiap craving
- Tarik nafas panjang. Sedut perlahan ikut hidung, tahan sekejap, hembus ikut mulut. Ini meniru rentak menghisap rokok tanpa asap.
- Sibukkan tangan. Pegang sesuatu: pen, botol air atau inhaler.
- Tukar rutin. Selepas makan, terus bangun dan basuh pinggan. Minum air sejuk, bukan kopi, untuk minggu pertama.
- Tunggu 5 minit. Craving macam ombak. Kalau anda tak ikut, ia akan surut sendiri.

Langkah 4: Bersedia untuk minggu pertama
Minggu pertama biasanya paling mencabar. Ramai rasa resah, cepat marah, susah fokus, susah tidur dan lebih lapar. Ini tanda badan sedang menyesuaikan diri, dan ia beransur reda dalam beberapa minggu. Beritahu keluarga supaya mereka faham kenapa anda cepat baran.
Langkah 5: Buang semua peringatan
Buang rokok, pemetik api, bekas abu dan vape dari rumah, kereta dan beg. Kalau kawan merokok, beritahu mereka anda sedang berhenti.
Langkah 6: Kalau tergelincir, jangan berhenti mencuba
Terhisap sebatang bukan bermakna gagal. Tanya diri: waktu apa, dengan siapa, apa yang saya rasa? Tambah rancangan untuk waktu itu, dan teruskan esok.
Bila perlu jumpa doktor
Jumpa doktor atau klinik berhenti merokok jika anda ada sakit jantung, tekanan darah tinggi, asma atau penyakit paru-paru, jika anda mengandung, atau jika anda dah banyak kali cuba berhenti sendiri. Doktor boleh bincang pilihan sokongan yang sesuai untuk anda.
Tonton: Akhiri Ketagihan: Sukar, Tetapi Bukan Mustahil

Lebih banyak video di saluran YouTube kami: Gritz Essential Oils.
Cara Gritz boleh bantu

Tonton (1 minit 32 saat): EASE Solusi Bebas Asap Hari Ini. Cara hidu EASE: tutup sebelah lubang hidung, kemudian hidu dalam-dalam. Ulang 3 kali kanan dan 3 kali kiri.
- Baucar RM10 terus masuk akaun bila anda daftar Gritz VIP, percuma.
- Order pertama RM100 ke atas: tambah Peppermint Essential Oil 10ml pada RM9.90 (harga biasa RM69).
- Order pertama RM200 ke atas: tambah juga RePause Balance 1 botol pada RM39 (harga biasa RM129).
Tawaran order pertama sah 7 hari selepas anda log masuk, kuota terhad. Boleh digabung dengan baucar RM10.
Juga ada di Shopee, Lazada, TikTok Shop dan lebih 260 farmasi.
Soalan lazim
- Berapa lama craving rokok bertahan?
- Satu craving biasanya memuncak dan surut dalam beberapa minit. Craving paling kerap pada minggu pertama dan beransur kurang selepas beberapa minggu.
- Lebih baik berhenti terus atau kurangkan sedikit demi sedikit?
- Kedua-duanya boleh berjaya. Yang penting ada tarikh yang jelas. Ramai yang berjaya memilih berhenti terus pada satu tarikh, dengan rancangan untuk setiap waktu bahaya.
- Kenapa berat badan naik selepas berhenti merokok?
- Selera makan biasanya bertambah dan ramai yang ganti rokok dengan makanan. Sediakan snek sihat dan minum air yang cukup.
- Boleh guna EASE untuk berhenti vape?
- Boleh. Cara guna sama: hidu setiap kali rasa nak vape.
Baca seterusnya
Artikel ini maklumat umum, bukan pengganti nasihat doktor anda.

