Kisah LD Mushki: 22 tahun merokok, berhenti selepas bapa kena strok
Geng Bebas Asap · Pusat Ilmu Gritz · 29 November 2026

8 bulan dah berjaya tinggalkan rokok sepenuhnya.LD Mushki
- Dulu
- Rokok, 22 tahun
- Mula
- Zaman sekolah
- Bebas asap
- 8 bulan (semasa ditemu bual)
- Jimat
- RM200 hingga RM300 sebulan
Tonton siri temu bual penuh LD Mushki (18 video pendek) di TikTok
Bermula di sekolah, kerana kawan
LD Mushki mula hisap rokok sejak sekolah lagi. Bila ditanya kenapa, jawapannya pendek: Tu semua pengaruh kawan-kawan sebenarnya.
Dia merokok selama 22 tahun, rokok sahaja.
Banyak kali cuba, tapi tak berjaya
Banyak kali cuba tapi tak berjaya.
Setiap kali, dia guna cara yang sama: berhenti terus, berhenti beli, malah cuba jauhkan diri daripada kawan yang merokok. Paling lama dia dapat tahan cuma seminggu, daripada Isnin sampai Jumaat je
. Bila hujung minggu tiba, dia ambil rokok semula. Bau rokok kawan-kawan sahaja dah cukup untuk datangkan craving.
Saya tak pernah cuba kaedah yang berbeza. Mungkin tu lah sebab susah berhenti.
Dia sedar puncanya: Pengaruh tu kuat, sebab kita dah, dia dah sebati dalam badan.
Bila rokok dah jadi tabiat, berhenti secara tiba-tiba memang susah.
Dia juga pernah cuba inhaler berhenti merokok lain yang lebih murah, tapi tak menjadi. Baginya, bau inhaler itu tak berapa tajam
.
Amaran daripada keluarga sendiri
Sebab dia berhenti agak peribadi, tapi dia tetap kongsi. Bapak saya dia pesakit strok.
Bapanya kena strok pada usia 40-an hingga 50-an dan masih begitu sampai sekarang. Ada ahli keluarga lain yang turut kena strok.
Masa dia mula berhenti, dia sendiri rasa jantung berdebar dan dada ketat. Benda tu jadi macam warning untuk saya.
Doktor juga menyebut rokok sebagai puncanya. Selepas berhenti, katanya, sekarang ni dia dah rasa clear sikit
.
Cara dia guna EASE
Yang paling susah bagi LD ialah bila kawan-kawan merokok di depannya. Di situ dia guna EASE: Kalau kawan-kawan saya hisap rokok, bau je rokok tu saya terus sumbat. So dia takdelah bau rokok tu.
Tekniknya ialah tarik dalam-dalam, seperti orang menarik rokok. Bau EASE yang tajam menutup bau rokok, dan gerak tangan serta nafasnya sama seperti merokok. Benda tu jadi lupa dengan craving tu.
Dia beli satu set bersama refill, dan selepas berbulan-bulan baru tukar isi dua stick. Masih ada dua lagi yang belum perlu diisi semula.
Selepas berhenti
- Lebih aktif.
Lagi senang nak workout. Dia tak ada rasa nak malas, ketat dada ke apa.
Dia kini cuba dapatkan semula stamina untuk bermain bola sepak bersama kawan-kawan. - Duit. Dia jimat RM200 hingga RM300 sebulan. Sebagai peminat game, dia kini belanja pada game dan gym,
benda-benda yang bermanfaat
. - Kawan. Dia tak perlu lagi lari daripada kawan. Bila kawan merokok, EASE ada di tangan.
Pesanan LD
Bagi LD, kalau dah banyak kali cuba dengan cara yang sama dan masih gagal, cuba cara yang berbeza. Pengaruh kawan dan tabiat memang kuat, jadi sediakan pengganti untuk tangan dan nafas.
Tonton siri temu bual penuh LD Mushki (18 video pendek) di TikTok
Cara EASE boleh bantu anda
- Baucar RM10 terus masuk akaun bila anda daftar Gritz VIP, percuma.
- Order pertama RM100 ke atas: tambah Peppermint Essential Oil 10ml pada RM9.90 (harga biasa RM69).
- Order pertama RM200 ke atas: tambah juga RePause Balance 1 botol pada RM39 (harga biasa RM129).
Tawaran order pertama sah 7 hari selepas anda log masuk, kuota terhad. Boleh digabung dengan baucar RM10.
Juga ada di Shopee, Lazada, TikTok Shop dan lebih 260 farmasi.
Kisah dan bacaan lain
- Kisah Saiful: 2 tahun bebas rokok dan vape, bermula kerana anak
- Cara berhenti merokok: panduan langkah demi langkah
- Semua kisah Geng Bebas Asap
Kisah ini pengalaman peribadi pengguna, dipetik daripada temu bual video bersama Gritz. Hasil mungkin berbeza mengikut individu. EASE Nasal Stick ialah inhaler aromaterapi, bukan ubat.

