Geng Bebas Asap

Kisah Saiful: 2 tahun bebas rokok dan vape, bermula kerana anak

Geng Bebas Asap · Pusat Ilmu Gritz · 29 November 2026

Saiful, Geng Bebas Asap, memakai lanyard EASE semasa temu bual
Saya dah berjaya berhenti rokok dan vape selama dua tahun dengan menggunakan EASE Nasal Stick.Saiful
Dulu
Rokok dan vape
Belanja dulu
Purata RM500 sebulan
Bebas asap
2 tahun
EASE yang dibeli
Satu sahaja

Tonton siri temu bual penuh Saiful (16 video pendek) di TikTok

Temu bual olehTuan Khairulamin AhmadCOO Gritz. Menggerakkan program berhenti merokok EASE dan menemu bual pengguna yang berjaya berhenti merokok.

Anak kecil yang selalu tak sihat

Anak Saiful masa itu baru setahun dan selalu ada masalah kesihatan. Doktor tanya tentang habuk dan benda lain di rumah. Saiful ikut semua arahan doktor, rumah dibersihkan, tapi masalah yang sama tetap berulang.

Di situ dia mula mengaku pada diri sendiri: So memang betullah, memang salah aku ni, memang takda orang lainlah.

Saiful kemudian faham tentang asap tangan ketiga (third-hand smoke): sisa asap rokok yang melekat pada baju, rambut dan badan perokok. Dia merokok di luar, tapi bila balik dan terus peluk dan dukung anak, sisa itu ikut sama. Bayi pula belum ada bulu hidung dan daya tahan badannya belum kuat.

Satu lagi soalan yang dia tanya diri sendiri: Kalau daripada kecik kau tak berhenti, anak kau dah besar ada tak potensi dia akan ikut engkau hisap rokok?

Ketagihan yang sangat tinggi

Saiful hisap rokok seludup dan vape sekali gus. Belanjanya purata RM500 sebulan, mungkin seribu tu tak lari.

Dia jujur tentang tahap ketagihannya: saya rokok tinggi, ketagihan nikotin tu. Masa bulan puasa, sebaik berbuka dia akan minum seteguk air, kemudian terus rokok.

Pernah cuba berhenti, tapi craving lebih kuat

Saiful pernah cuba berhenti dengan tekad semata-mata. Menurutnya, bila berhenti tanpa bantuan, rasa nak hisap jadi lebih tinggi berbanding bila dia guna EASE.

Satu lagi yang menguatkan tekadnya: isterinya seorang doktor gigi. Setiap kali dia buat scaling, isterinya tentu tahu dia merokok daripada karang gigi. Tapi dia bagusnya dia senyap je lah. Takda pernah tanya. Diam itu yang buat Saiful rasa memang tekad kena berhenti.

Tak percaya pada mulanya

Bila pertama kali dengar tentang EASE, Saiful rasa ia mengarut. Saya tengok beberapa bulan lah saya duk tengok video. Video EASE asyik lalu di TikTok. Akhirnya dia rasa masanya sesuai, terus buat bayaran dan cuba.

Cara dia guna EASE

Rokok mengikat perokok dengan dua benda: nikotin dan tabiat tangan ke mulut yang diulang setiap hari. EASE dibuat untuk membantu kedua-duanya. Setiap kali datang rasa nak hisap, dia pegang EASE dan hidu, jadi tangan dan nafas tetap ada rutin, tanpa asap.

Hasilnya, bagi dia: Berbanding dengan sekarang, takda rasa, takda nak rokok. Dia tegaskan ini pengalaman dirinya: Jangan kata semua sama. Saya tahu based on saya punya.

Selepas dua tahun

Dua tahun kemudian, Saiful masih simpan EASE yang sama. Satu ni je geng, takda beli dah. Ini sahaja yang saya beli. Baginya EASE itu kini satu simbol.

Pesanan Saiful

Saiful bercerita kerana mahu membantu, bukan untuk melebih-lebih: Saya tak nak overclaim. Cerita ni based on saya. Dia berharap walaupun seorang yang menonton kisahnya dapat berhenti.

Kepada yang masih merokok, pesannya mudah: bila berhenti, banyak benda boleh dibuat, kesihatan pun lebih baik. Tentang EASE pula: Saya sangat terima kasihlah sebab benda ni mengubah hidup.

Tonton siri temu bual penuh Saiful (16 video pendek) di TikTok

Cara EASE boleh bantu anda

EASE Nasal Stick

EASE Nasal Stick ialah inhaler aromaterapi untuk mereka yang mahu berhenti merokok dan vape. Setiap kali craving datang, pegang EASE dan hidu 3 kali lubang hidung kanan dan 3 kali lubang hidung kiri. Tangan ada benda untuk dipegang, nafas ada rentak baharu, tanpa asap.

Kelebihan beli terus di Shop Gritz

Tawaran order pertama sah 7 hari selepas anda log masuk, kuota terhad. Boleh digabung dengan baucar RM10.

Beli terus dari GritzTentang EASE Nasal Stick

Juga ada di Shopee, Lazada, TikTok Shop dan lebih 260 farmasi.

Kisah dan bacaan lain

Kisah ini pengalaman peribadi pengguna, dipetik daripada temu bual video bersama Gritz. Hasil mungkin berbeza mengikut individu. EASE Nasal Stick ialah inhaler aromaterapi, bukan ubat.