Geng Bebas Asap

Kisah LD Mushki: 22 tahun merokok, berhenti selepas bapa kena strok

Geng Bebas Asap · Pusat Ilmu Gritz · 29 November 2026

LD Mushki, Geng Bebas Asap, semasa temu bual
8 bulan dah berjaya tinggalkan rokok sepenuhnya.LD Mushki
Dulu
Rokok, 22 tahun
Mula
Zaman sekolah
Bebas asap
8 bulan (semasa ditemu bual)
Jimat
RM200 hingga RM300 sebulan

Tonton siri temu bual penuh LD Mushki (18 video pendek) di TikTok

Temu bual olehTuan Khairulamin AhmadCOO Gritz. Menggerakkan program berhenti merokok EASE dan menemu bual pengguna yang berjaya berhenti merokok.

Bermula di sekolah, kerana kawan

LD Mushki mula hisap rokok sejak sekolah lagi. Bila ditanya kenapa, jawapannya pendek: Tu semua pengaruh kawan-kawan sebenarnya. Dia merokok selama 22 tahun, rokok sahaja.

Banyak kali cuba, tapi tak berjaya

Banyak kali cuba tapi tak berjaya. Setiap kali, dia guna cara yang sama: berhenti terus, berhenti beli, malah cuba jauhkan diri daripada kawan yang merokok. Paling lama dia dapat tahan cuma seminggu, daripada Isnin sampai Jumaat je. Bila hujung minggu tiba, dia ambil rokok semula. Bau rokok kawan-kawan sahaja dah cukup untuk datangkan craving.

Saya tak pernah cuba kaedah yang berbeza. Mungkin tu lah sebab susah berhenti.

Dia sedar puncanya: Pengaruh tu kuat, sebab kita dah, dia dah sebati dalam badan. Bila rokok dah jadi tabiat, berhenti secara tiba-tiba memang susah.

Dia juga pernah cuba inhaler berhenti merokok lain yang lebih murah, tapi tak menjadi. Baginya, bau inhaler itu tak berapa tajam.

Amaran daripada keluarga sendiri

Sebab dia berhenti agak peribadi, tapi dia tetap kongsi. Bapak saya dia pesakit strok. Bapanya kena strok pada usia 40-an hingga 50-an dan masih begitu sampai sekarang. Ada ahli keluarga lain yang turut kena strok.

Masa dia mula berhenti, dia sendiri rasa jantung berdebar dan dada ketat. Benda tu jadi macam warning untuk saya. Doktor juga menyebut rokok sebagai puncanya. Selepas berhenti, katanya, sekarang ni dia dah rasa clear sikit.

Cara dia guna EASE

Yang paling susah bagi LD ialah bila kawan-kawan merokok di depannya. Di situ dia guna EASE: Kalau kawan-kawan saya hisap rokok, bau je rokok tu saya terus sumbat. So dia takdelah bau rokok tu.

Tekniknya ialah tarik dalam-dalam, seperti orang menarik rokok. Bau EASE yang tajam menutup bau rokok, dan gerak tangan serta nafasnya sama seperti merokok. Benda tu jadi lupa dengan craving tu.

Dia beli satu set bersama refill, dan selepas berbulan-bulan baru tukar isi dua stick. Masih ada dua lagi yang belum perlu diisi semula.

Selepas berhenti

Pesanan LD

Bagi LD, kalau dah banyak kali cuba dengan cara yang sama dan masih gagal, cuba cara yang berbeza. Pengaruh kawan dan tabiat memang kuat, jadi sediakan pengganti untuk tangan dan nafas.

Tonton siri temu bual penuh LD Mushki (18 video pendek) di TikTok

Cara EASE boleh bantu anda

EASE Nasal Stick

EASE Nasal Stick ialah inhaler aromaterapi untuk mereka yang mahu berhenti merokok dan vape. Setiap kali craving datang, pegang EASE dan hidu 3 kali lubang hidung kanan dan 3 kali lubang hidung kiri. Tangan ada benda untuk dipegang, nafas ada rentak baharu, tanpa asap.

Kelebihan beli terus di Shop Gritz

Tawaran order pertama sah 7 hari selepas anda log masuk, kuota terhad. Boleh digabung dengan baucar RM10.

Beli terus dari GritzTentang EASE Nasal Stick

Juga ada di Shopee, Lazada, TikTok Shop dan lebih 260 farmasi.

Kisah dan bacaan lain

Kisah ini pengalaman peribadi pengguna, dipetik daripada temu bual video bersama Gritz. Hasil mungkin berbeza mengikut individu. EASE Nasal Stick ialah inhaler aromaterapi, bukan ubat.