Kisah Saiful: 2 tahun bebas rokok dan vape, bermula kerana anak
Geng Bebas Asap · Pusat Ilmu Gritz · 29 November 2026

Saya dah berjaya berhenti rokok dan vape selama dua tahun dengan menggunakan EASE Nasal Stick.Saiful
- Dulu
- Rokok dan vape
- Belanja dulu
- Purata RM500 sebulan
- Bebas asap
- 2 tahun
- EASE yang dibeli
- Satu sahaja
Tonton siri temu bual penuh Saiful (16 video pendek) di TikTok
Anak kecil yang selalu tak sihat
Anak Saiful masa itu baru setahun dan selalu ada masalah kesihatan. Doktor tanya tentang habuk dan benda lain di rumah. Saiful ikut semua arahan doktor, rumah dibersihkan, tapi masalah yang sama tetap berulang.
Di situ dia mula mengaku pada diri sendiri: So memang betullah, memang salah aku ni, memang takda orang lainlah.
Saiful kemudian faham tentang asap tangan ketiga (third-hand smoke): sisa asap rokok yang melekat pada baju, rambut dan badan perokok. Dia merokok di luar, tapi bila balik dan terus peluk dan dukung anak, sisa itu ikut sama. Bayi pula belum ada bulu hidung dan daya tahan badannya belum kuat.
Satu lagi soalan yang dia tanya diri sendiri: Kalau daripada kecik kau tak berhenti, anak kau dah besar ada tak potensi dia akan ikut engkau hisap rokok?
Ketagihan yang sangat tinggi
Saiful hisap rokok seludup dan vape sekali gus. Belanjanya purata RM500 sebulan, mungkin seribu tu tak lari
.
Dia jujur tentang tahap ketagihannya: saya rokok tinggi, ketagihan nikotin tu.
Masa bulan puasa, sebaik berbuka dia akan minum seteguk air, kemudian terus rokok.
Pernah cuba berhenti, tapi craving lebih kuat
Saiful pernah cuba berhenti dengan tekad semata-mata. Menurutnya, bila berhenti tanpa bantuan, rasa nak hisap jadi lebih tinggi berbanding bila dia guna EASE.
Satu lagi yang menguatkan tekadnya: isterinya seorang doktor gigi. Setiap kali dia buat scaling, isterinya tentu tahu dia merokok daripada karang gigi. Tapi dia bagusnya dia senyap je lah. Takda pernah tanya.
Diam itu yang buat Saiful rasa memang tekad kena berhenti
.
Tak percaya pada mulanya
Bila pertama kali dengar tentang EASE, Saiful rasa ia mengarut. Saya tengok beberapa bulan lah saya duk tengok video.
Video EASE asyik lalu di TikTok. Akhirnya dia rasa masanya sesuai, terus buat bayaran dan cuba.
Cara dia guna EASE
Rokok mengikat perokok dengan dua benda: nikotin dan tabiat tangan ke mulut yang diulang setiap hari. EASE dibuat untuk membantu kedua-duanya. Setiap kali datang rasa nak hisap, dia pegang EASE dan hidu, jadi tangan dan nafas tetap ada rutin, tanpa asap.
Hasilnya, bagi dia: Berbanding dengan sekarang, takda rasa, takda nak rokok.
Dia tegaskan ini pengalaman dirinya: Jangan kata semua sama. Saya tahu based on saya punya.
Selepas dua tahun
- Ujian darah.
Sekarang ni bila pergi test kan, bila tengok kan semua normal. Itu saya rasa nikmat yang paling besarlah.
- Deria bau dan rasa.
Bau dia lebih improve dengan rasa. Dia lebih sharp sikitlah.
- Kecergasan. Tak lagi rasa malas. Dia boleh pergi bersenam dan ke gym tanpa rasa semput.
- Masa. Dulu rokok ada
satu slot dalam kita punya jadual harian
. Mula-mula berhenti, dia rasa kosongmacam putus cinta
. Sekarang masa itu digunakan untuk benda lain. - Duit untuk keluarga. Duit yang dulu habis pada rokok kini boleh diperuntukkan untuk perkara yang lebih bermanfaat, termasuk sekolah yang lebih baik untuk anak.
Dua tahun kemudian, Saiful masih simpan EASE yang sama. Satu ni je geng, takda beli dah. Ini sahaja yang saya beli.
Baginya EASE itu kini satu simbol
.
Pesanan Saiful
Saiful bercerita kerana mahu membantu, bukan untuk melebih-lebih: Saya tak nak overclaim. Cerita ni based on saya.
Dia berharap walaupun seorang yang menonton kisahnya dapat berhenti.
Kepada yang masih merokok, pesannya mudah: bila berhenti, banyak benda boleh dibuat, kesihatan pun lebih baik. Tentang EASE pula: Saya sangat terima kasihlah sebab benda ni mengubah hidup.
Tonton siri temu bual penuh Saiful (16 video pendek) di TikTok
Cara EASE boleh bantu anda
- Baucar RM10 terus masuk akaun bila anda daftar Gritz VIP, percuma.
- Order pertama RM100 ke atas: tambah Peppermint Essential Oil 10ml pada RM9.90 (harga biasa RM69).
- Order pertama RM200 ke atas: tambah juga RePause Balance 1 botol pada RM39 (harga biasa RM129).
Tawaran order pertama sah 7 hari selepas anda log masuk, kuota terhad. Boleh digabung dengan baucar RM10.
Juga ada di Shopee, Lazada, TikTok Shop dan lebih 260 farmasi.
Kisah dan bacaan lain
- Kisah LD Mushki: 22 tahun merokok, berhenti selepas bapa kena strok
- Cara berhenti merokok: panduan langkah demi langkah
- Semua kisah Geng Bebas Asap
Kisah ini pengalaman peribadi pengguna, dipetik daripada temu bual video bersama Gritz. Hasil mungkin berbeza mengikut individu. EASE Nasal Stick ialah inhaler aromaterapi, bukan ubat.

