Apa jadi pada badan selepas berhenti merokok: 20 minit hingga 15 tahun
Pusat Ilmu Gritz · Rak 1: Bebas asap · 29 November 2026

Badan mula pulih dalam masa 20 minit selepas rokok terakhir: kadar jantung dan tekanan darah mula turun. Dalam 12 jam, paras karbon monoksida dalam darah kembali normal. Dalam 2 hingga 12 minggu, peredaran darah dan fungsi paru-paru bertambah baik, dan selepas 1 tahun, risiko penyakit jantung koronari lebih kurang separuh berbanding perokok.
Garis masa: apa yang berlaku dalam badan
Bayangkan badan macam rumah yang lama berasap. Sebaik tingkap dibuka, udara mula bertukar dalam beberapa minit, tetapi dinding dan langsir ambil masa lebih lama untuk bersih. Begitulah badan selepas berhenti merokok. Ringkasan di bawah berdasarkan maklumat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO):
- 20minit
JantungKadar jantung dan tekanan darah mula turun. - 12jam
DarahParas karbon monoksida kembali normal. Darah membawa lebih banyak oksigen. - 2–12minggu
Paru-paruPeredaran darah dan fungsi paru-paru bertambah baik. - 1–9bulan
PernafasanBatuk dan sesak nafas berkurang. - 1tahun
JantungRisiko penyakit jantung koronari lebih kurang separuh berbanding perokok. - 5–15tahun
OtakRisiko strok turun hingga sama seperti orang yang tak merokok. - 10tahun
Paru-paruRisiko kanser paru-paru lebih kurang separuh berbanding perokok. - 15tahun
JantungRisiko penyakit jantung koronari sama seperti orang yang tak merokok.
Sumber: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Lingkaran emas menggambarkan perjalanan pemulihan. · gritz.my
Apa yang anda rasa pada minggu pertama
Bila nikotin berhenti masuk, badan perlu menyesuaikan diri. Ramai rasa:
- Resah, cepat marah dan susah fokus. Paling kuat pada beberapa hari pertama.
- Susah tidur atau tidur terganggu.
- Lebih lapar. Selera bertambah dan makanan terasa lebih sedap.
- Badan rasa tak selesa atau menggigil bila craving datang.
Semua ini tanda badan sedang membiasakan diri tanpa nikotin, dan ia beransur reda dalam beberapa minggu.
Kenapa batuk selepas berhenti merokok
Ada yang terkejut bila batuk bertambah pada minggu-minggu awal. Ini selalunya tanda saluran pernafasan sedang membersihkan diri: rambut halus dalam saluran nafas mula aktif semula dan menolak kahak keluar. Kalau batuk berlarutan lebih 3 minggu, atau ada darah, jumpa doktor.
Perubahan yang pengguna EASE kongsi
Dalam siri temu bual Gritz, bekas perokok berkongsi perubahan yang mereka rasa sendiri: deria bau makin peka, tak lagi semput, kewangan makin stabil, dan keluarga yang lebih rapat. Ada juga yang jujur tentang selera makan yang makin meningkat.
Cara jaga badan sepanjang proses ini
- Minum air yang cukup dan sediakan snek sihat untuk lawan rasa lapar.
- Bergerak setiap hari. Jalan kaki 20 hingga 30 minit membantu mood, tidur dan berat badan.
- Kurangkan kopi pada minggu pertama jika anda rasa lebih resah atau susah tidur.
- Tidur pada waktu yang sama setiap malam.
Bila perlu jumpa doktor
Jumpa doktor jika batuk berlarutan lebih 3 minggu, ada kahak berdarah, sesak nafas atau sakit dada, jika mood terlalu rendah sehingga mengganggu kehidupan, atau jika anda ada penyakit jantung, kencing manis atau tekanan darah tinggi dan perlukan pemantauan semasa berhenti.
Tonton: Apa terjadi lepas berhenti berasap

Lebih banyak video di saluran YouTube kami: Gritz Essential Oils.
Cara Gritz boleh bantu
- Baucar RM10 terus masuk akaun bila anda daftar Gritz VIP, percuma.
- Order pertama RM100 ke atas: tambah Peppermint Essential Oil 10ml pada RM9.90 (harga biasa RM69).
- Order pertama RM200 ke atas: tambah juga RePause Balance 1 botol pada RM39 (harga biasa RM129).
Tawaran order pertama sah 7 hari selepas anda log masuk, kuota terhad. Boleh digabung dengan baucar RM10.
Juga ada di Shopee, Lazada, TikTok Shop dan lebih 260 farmasi.
Soalan lazim
- Berapa lama paru-paru pulih selepas berhenti merokok?
- Fungsi paru-paru mula bertambah baik dalam 2 hingga 12 minggu, dan batuk serta sesak nafas berkurang dalam 1 hingga 9 bulan. Pemulihan berterusan selama bertahun-tahun.
- Kenapa berat badan naik selepas berhenti merokok?
- Selera makan bertambah dan ramai yang ganti rokok dengan makanan. Sediakan snek sihat, minum air yang cukup dan bergerak setiap hari.
- Masih berbaloi berhenti kalau dah merokok bertahun-tahun?
- Ya. Badan mula pulih dalam masa beberapa minit selepas rokok terakhir, tak kira berapa lama anda dah merokok.
- Bila deria rasa dan bau kembali?
- Ramai perasan deria rasa dan bau mula kembali dalam beberapa hari hingga beberapa minggu selepas berhenti.
Baca seterusnya
- Cara berhenti merokok: panduan langkah demi langkah
- Cara berhenti vape: kenapa lebih susah, dan langkah yang berkesan
- Cara bantu suami berhenti merokok: panduan untuk isteri
- Kisah Geng Bebas Asap: pengguna EASE yang berjaya berhenti
- EASE Nasal Stick: inhaler untuk berhenti merokok dan vape
- Kajian EASE bersama USM dan Pusat Racun Negara
- Program Tiada Lagi Asap, Hidup Sihat: kisah pengguna EASE
- Semua rak Pusat Ilmu
Artikel ini maklumat umum, bukan pengganti nasihat doktor anda.

