Pusat Ilmu

Cara berhenti vape: kenapa lebih susah, dan langkah yang berkesan

Pusat Ilmu Gritz · Rak 1: Bebas asap · 29 November 2026

Lelaki di kafe memandang vape di tapak tangannya, bersedia untuk berhenti
Jawapan ringkas

Berhenti vape paling berjaya bila anda tetapkan satu tarikh, buang semua peranti dan pod simpanan, dan sediakan pengganti untuk tangan dan nafas setiap kali rasa nak sedut. Vape terasa lebih susah ditinggalkan kerana ia boleh disedut bila-bila masa, tiada 'batang terakhir' yang menandakan cukup, dan nikotinnya masuk dengan cepat. Craving tetap datang macam ombak: ia memuncak dan surut dalam beberapa minit.

Ditulis olehTuan Khairulamin AhmadCOO Gritz. Menggerakkan program berhenti merokok EASE dan menemu bual pengguna yang berjaya berhenti merokok.

Kenapa vape terasa lebih susah ditinggalkan

Ramai bekas perokok kata vape lebih susah ditinggalkan berbanding rokok. Ada tiga sebab biasa:

  1. Tiada penamat. Sebatang rokok habis dalam beberapa minit. Vape pula boleh disedut sepanjang hari tanpa sedar berapa banyak.
  2. Boleh guna di mana-mana. Dalam kereta, di meja kerja, depan TV. Bila tiada had tempat, tabiat melekat pada setiap rutin.
  3. Perisa dan peranti. Perisa manis dan peranti yang cantik membuatkan vape terasa macam hobi, bukan ketagihan.

Di sebalik semua itu, ikatannya tetap dua: nikotin yang badan dah biasa terima, dan tabiat tangan ke mulut yang berulang ratusan kali sehari.

Langkah 1: Kira berapa banyak anda vape

Selama 3 hari, catat berapa lama satu pod atau satu peranti pakai buang habis, dan bila anda paling kerap sedut. Ramai terkejut bila nampak jumlah sebenar. Angka ini jadi titik mula anda.

Langkah 2: Tetapkan tarikh, dan sebab yang peribadi

Pilih satu tarikh dalam masa dua minggu. Sebab yang paling kuat biasanya dekat dengan hati: pesanan ayah sebelum berkahwin, anak-anak, niat menunaikan umrah, atau duit yang habis setiap bulan.

Langkah 3: Buang semua peranti dan pod simpanan

Jangan simpan "sebiji untuk kecemasan". Buang peranti, pod, cecair dan pengecas dari rumah, kereta, beg dan laci pejabat.

Langkah 4: Sediakan pengganti untuk setiap waktu bahaya

Langkah 5: Bersedia untuk minggu pertama

Minggu pertama biasanya paling berat: resah, cepat marah, susah fokus, susah tidur dan lebih lapar. Ada yang rasa badan menggigil bila tak dapat nikotin. Ini tanda badan sedang menyesuaikan diri, dan ia beransur reda dalam beberapa minggu.

Langkah 6: Kalau anda hisap rokok dan vape, berhenti kedua-duanya

Ramai yang berhenti rokok dengan beralih ke vape, kemudian guna kedua-duanya. Tukar satu ketagihan dengan satu lagi tak menyelesaikan masalah. Tetapkan satu tarikh untuk berhenti kedua-duanya.

Kisah sebenar bekas pengguna vape

Anas Faizal merokok dan vape selama 10 tahun. Ayahnya berpesan supaya berhenti sebelum berkahwin. Dalam siri temu bual bersama Gritz, dia berkongsi bagaimana vape terasa tak pernah puas, gejala tarikan nikotin yang dia lalui, dan bagaimana dia hidu EASE bila kawan-kawan merokok. Selepas berhenti, deria baunya makin peka, kewangannya makin stabil, dan isteri serta ibu bapanya gembira.

Hafifi pula bermula dari menjual perisa vape. Dia nekad bebas asap sebelum menunaikan umrah, dengan anak-anak sebagai pendorong utama. Dia berkongsi kos sebenar menyelenggara vape dan perubahan selepas bebas asap.

Baca lebih banyak kisah di Geng Bebas Asap.

Bila perlu jumpa doktor

Jumpa doktor jika anda ada sesak nafas, sakit dada, batuk yang berlarutan, asma atau penyakit jantung, jika anda mengandung, atau jika anda dah banyak kali cuba berhenti sendiri. Perkhidmatan berhenti merokok dan vape (mQuit) juga ada di klinik kesihatan kerajaan.

Tonton: Anas Faizal: 10 tahun merokok dan vape

Anas Faizal: 10 tahun merokok dan vape

Lebih banyak video di saluran YouTube kami: Gritz Essential Oils.

Cara Gritz boleh bantu

EASE Nasal Stick

EASE Nasal Stick ialah inhaler aromaterapi yang dicipta oleh Gritz untuk mereka yang ingin berhenti merokok dan vape. Setiap kali rasa nak vape, pegang EASE dan hidu 3 kali lubang hidung kanan dan 3 kali lubang hidung kiri. Tangan ada benda untuk dipegang, nafas ada rentak baharu, tanpa wap. Tiada had berapa kali sehari.

Kelebihan beli terus di Shop Gritz

Tawaran order pertama sah 7 hari selepas anda log masuk, kuota terhad. Boleh digabung dengan baucar RM10.

Beli terus dari GritzTentang EASE Nasal Stick

Juga ada di Shopee, Lazada, TikTok Shop dan lebih 260 farmasi.

Soalan lazim

Vape lebih selamat daripada rokok?
Vape masih mengandungi nikotin yang menyebabkan ketagihan, dan kesan jangka panjangnya masih dikaji. Pilihan terbaik untuk kesihatan ialah berhenti kedua-duanya.
Lebih baik kurangkan nikotin sedikit demi sedikit, atau berhenti terus?
Kedua-duanya boleh berjaya, asalkan ada tarikh akhir yang jelas. Ramai yang berjaya memilih berhenti terus pada satu tarikh, dengan rancangan untuk setiap waktu bahaya.
Berapa lama gejala tarikan nikotin?
Paling kuat pada beberapa hari pertama, kemudian beransur kurang dalam beberapa minggu. Craving sekali-sekala boleh datang lebih lama, terutama pada waktu dan tempat yang anda biasa vape.
Boleh guna EASE untuk berhenti vape?
Boleh. Cara guna sama: hidu 3 kali kanan dan 3 kali kiri setiap kali rasa nak vape.

Baca seterusnya

Artikel ini maklumat umum, bukan pengganti nasihat doktor anda.