Informasi Mandi Bunga Yang Anda Harus Tahu

Amalan mandi bunga tidak asing lagi di kalangan masyarakat Melayu yang telah lama diamalkan. Mandi bunga adalah antara amalan yang masyhur.

Mandi Bunga

Nenek moyang kita dahulu-kala percaya ada dua sebab kenapa mandi bunga diamalkan. Pertama bertujuan untuk mewangikan badan dan menyegarkannya. Kedua adalah sebagai salah satu cara penyembuhan dalam perubatan Melayu tradisional.

Selain berkesan untuk menaikkan aura atau seri wajah wanita, mandi bunga  dipercayai dapat menyingkir gangguan atau energi negatif seperti sihir, buang penyakit, menemukan jodoh, buang sial, mendatangkan tuah (‘ong’ kata orang Cina) dan memenuhi hajat tertentu untuk dirinya.

Dalam filem-filem melayu lama, kita sering melihat adegan puteri raja bersiram (mandi) bunga di kolam. Kini, mandi bunga sudah menjadi satu trend baru dalam masyarakat kita. Ia diamalkan oleh golongan biasa sebagai terapi atau untuk mengharumkan badan. Pada hari ini, mandi bunga tidak lagi dilakukan oleh bakal pengantin semata sahaja untuk naikkan ‘seri pengantin’.

Bahkan, kaedah mandi bunga sekarang sudah diakui oleh pakar-pakar kecantikan sebagai rawatan alternatif dan satu cara merawat atau menaikkan aura positif. Jika zaman dahulu, kelopak bunga yang wangi dan berwarna-warrni seperti bunga mawar, melor, cempaka dan lain-lain akan digunakan dalam mandian.

Terkini, ia telah dipermodenkan dengan hanya menggunakan adunan pati dari 7 bunga-bungaan yang dipilih dan dibotolkan sebagai pati. Ia mudah didapati di pasaran di mana mandi bunga masa kini boleh dilakukan sendiri setiap hari di rumah tanpa perlu menggunakan bunga-bungaan segar.

Dikatakan ‘mandi bunga moden’ berupaya menjana organ dalaman agar sentiasa stabil dan berfungsi dengan baik. Ia sesuai untuk kegunaan harian samada bagi tujuan kesihatan, kecantikan, keharmonian rumahtangga, meningkatkan kecerdasan minda, meredakan tekanan perasaan, menceriakan emosi dan sebagainya. Hakikatnya, ia juga boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja pada pelbagai peringkat umur, samada lelaki atau wanita, pada bila-bila masa.

Asal-usul Mandi Bunga

Dari manakah asalnya mandi bunga ini?

Menurut Ensaiklopedia Petua Melayu Lama, mandi bunga merupakan ritual orang Melayu yang mempunyai unsur-unsur yang telah dicampuraduk antara kepercayaan Dinamisme, Hindu-Buddha dan ‘Popular Islam’.   

Dinamisme ialah kepercayaan adanya ‘tenaga tak berperibadi’ dalam diri manusia dan benda-benda hidup yang lain. Dalam bidang antropologi, tenaga ini juga biasa disebut sebagai ‘mana’ dengan meminjam istilah rumpun suku Polynesia. Di kalangan orang Melayu, ‘mana’ dikenali sebagai ‘semangat’, ‘mana’ bagi raja-raja dikenali sebagai ‘daulat’ dan ‘tulah’ sedangkan, bagi orang-orang ‘alim ulama’ dipanggil dengan ‘berkat’ atau ‘keramat’. 

Dalam kepercayaan Hindu, tumbuh-tumbuhan mempunyai banyak kegunaan di dalam semua upacara ritual yang mereka jalankan. Unsur-unsur ‘Islam’ (bukan Islam yang berteraskan al-Qur’an dan Sunnah yang sahih) akan ketara apabila bacaan mantera akan memasukkan lafaz ‘Basmalah’, dan diakhiri dengan hamdalah dan syahadah. Orang yang mandi bunga akan disuruh berselawat, membaca surah-surah tertentu, malah ada yang disuruh menghadap kiblat dan mandi ketika azan bergema. Semua ini lebih ketara apabila mandi bunga dianggap sebagai suatu wasilah kepada ‘ikhtiar dan tawakkal’.

Ramuan Mandi Bunga

Bahan-bahan seperti bunga-bungaan yang terpilih dan air bersih (dalam Islam dipanggil air mutlak) akan digabungkan mengikut tatacara, petua-petua orang tua-tua dahulu yang sangat arif.

Gabungan air dan bunga tersebut pula akan didoakan dengan doa atau mentera yang khusus yang mana ia menjadi suatu bahan yang menjadi salah satu ikhtiar bagi mengubati penyakit atau niat. Pelbagai ramuan turut dicampur seperti limau nipis, limau purut, daun sireh, daun pandan, daun bidara, serai, sintuk dan sebagainya, bergantung kepada syarat dan bahan-bahan yang diperlukan, yang ditentukan oleh perawat yang akan menjalankan upacara mandi bunga itu nanti.

Mengapa Guna Bunga?

Bunga

Sebab bunga tu sendiri melambangkan kecantikan dan lambang ‘love’.

Bila kita tengok bunga mesti rasa tenang kan?

Menurut kajian sains, setiap tumbuh-tumbuhan termasuklah bunga mengandungi khasiat atau penawar yang dapat memulihkan kembali organ-organ dalaman agar kembali bekerja dengan normal.

Setiap tumbuh-tumbuhan termasuklah bunga mempunyai sifat terapeutik atau penyembuhan dan sering dianggap sebagai ‘kuasa hidup’ dan mempunyai energi sendiri.

Contoh. Bunga Rose, beberapa kajian menunjukkan Rose berupaya untuk membantu menangani kemurungan, tingkatkan stimulasi otak, kegembiraan dan kesegaran minda.

Bahasa mudah, setiap tumbuhan yang Allah swt cipta termasuk bunga ada 1001 ‘penawar’ pada manusia.

Semakin banyak ‘penawar’ ni masuk dalam badan kita, maka makin sihat dan segarlah kita jadinya. Secara psikologinya pula, selepas mandi bunga, mujarabnya mandi bunga, kita pasti akan rasa ‘best’, pasti rasa segar dan tenang. Rasa sangat berbeza terutama bila kita mandi setiap hari. Secara diam-diam, tanpa kita sedari, ia merawat luaran dan dalaman diri kita secara keseluruhan i.e minda, semangat dan fizikal kita.

Tatacara Mandi Bunga

Mengikut mandi bunga tradisional, terdapat 2 syarat, pertama, kita memerlukan 7 jenis bunga yang segar, mekar dan harum dari pelbagai warna. Sebaiknya bunga-bunga tersebut terdiri dari 7 warna pelangi yang berbeza yang mana bila warna-warna ini di campurkan, ia boleh menghasilkan 10 juta warna-warna lain. Dan syarat kedua pula, perlu menggunakan kain batik yang tidak akan dipakai semula. Maksudnya selepas mandi, kain batik tersebut perlu di buang terus.

Antara bunga-bungaan yang sering digunakan adalah seperti bunga kenanga, bunga rose bunga mawar kampung, bunga susun kelapa, bunga kesidang, bunga tanjung. bunga cempaka, bunga melur, bunga harum sedap malam dan sebagainya. Dipercayai aroma dari bunga dalam mandi bunga tadi akan menjauhkan gangguan sihir atau makhluk jahat kerana mereka tidak suka kepada wangi-wangian, di tambah pula jika wangi-wangian itu ada yang dibacakan ayat-ayat penyembuh dan ayat-ayat yang menyakitkan mereka.

Persiapan sebelum mandi bunga

  1. Perah limau purut yang direndam semalaman dalam air.
  2. Campurkan air secukupnya untuk mandi bunga.
  3. Idealnya anda mandi seperti biasa sebelum mandi bunga. Jadi anda tidak perlu mandi setelah mandi bunga.
  4. Pastikan anda mengingati niat dan sebab anda mandi bunga. Untuk muslim, berdoa atau membaca ayat-ayat dari Al-Quran sebelum memulai.

Cara-cara mandi bunga

  1. Jika boleh mandi bunga di pagi hari, ketika bumi masih sejuk.
  2. Sebelum mulai mandi, ingat untuk berdoa dulu.
  3. Minta bantuan tuhan, untuk menyelesaikan masalah anda.
  4. Semasa mula mandi, siramkan bunga di sisi kiri tubuh 3 kali.
  5. Kemudian siram di kepala tiga kali dan ke seluruh tubuh sehingga semua air habis.
  6. Untuk orang Islam, sebelum mandi perlu di baca Al-Fatihah 7 kali, surah Kursi 7 kali dan selawat nabi 7 kali pada bekas air yang berisi bunga-bunga tersebut, selesai mandi.
  7. Setelah itu biarkan. sebentar, supaya hasilnya meresap ke dalam tubuh kita.

Mengapa Guna Air?

Menurut fakta saintifik, air diperakui oleh saintis sedunia sebagai alat perakam terbaik. Air sebenarnya berkebolehan merakam bunyi gema getaran samada dari bunyi termasuk kata-kata dan juga dari niat kita walaupun tanpa kata-kata seperti pita magnetik atau compact disk. Oleh itu air bukan saja dapat membersihkan dan menyegarkan kembali tubuh kita tetapi ia juga dapat merakam ayat-ayat suci Al Quran dan juga doa-doa yang dibacakan padanya. Sehingga air itu terakam dengan gema getaran yang hebat yang dapat mengusir energi negatif atau masalah penyakit dalam tubuh manusia.


Menurut fakta saintifik lagi, air mempunyai gelombang bulat yang dapat mencari sasaran tekanan rendah secara rawak tanpa banyak halangan, Oleh itu ia dapat membawa masuk tenaga dan gema getaran yang telah terakam samada dari khasiat bunga atau bacaan ayat suci Al Quran lalu meresapi tubuh badan melalui reseptor bulu roma lalu merangsang hormon-hormon di dalam tubuh.

Semakin kuat konsentrasi yang diberikan oleh pemberi pesanan (contoh pembaca doa perubatan menggunakan air) maka akan semakin kuat dan berkesan rakaman yang dirakamkan pada molekul air berkenaan. Maka air itu boleh memindahkan pesanan tadi melalui molekul air yang lain.

Namun yang paling utama mengapa air digunakan ialah ianya adalah panduan dari Tuhan kita sendiri untuk kemudahan kita dalam menghadapi penyakit terutama yang berpunca dari gangguan jin dan syaitan. Makanya, dengan tergabungnya khasiat bunga-bungaan dan doa-doa yang disatukan ke dalam air yang sejuk menurut tatacara petua yang khusus, insyaAllah mana-mana penyakit terutama akibat dari gangguan jin dan sihir pun dapat diatasi.

Kajian Saintifik

Mandi bunga bukan sahaja petua tetapi telah dikaji secara saintifik dan ia memang benar-benar bermanfaat kepada tubuh badan manusia. Dengan mandi bunga, kita akan dapat menyeimbangkan aura tubuh badan kita ke tahap normal (warna pelangi). Apabila aura kita stabil maka semua masalah tadi tidak akan timbul.

Dalam kaedah rawatan Aromaterapi, ‘flower bath’ (mandi bunga) ternyata tidak hanya baik untuk membersihkan tubuh dari kotoran dan menjauhkan stress tetapi juga memiliki peranan penting dalam meningkatkan sistem kekebalan.

Dalam peradaban pengubatan tradisional Cina, air adalah elemen yang sangat kuat dalam penyembuhan energi. Menurut ahli antropologi perubatan moden, sebenarnya di dalam tubuh pesakit, terutamanya pada bahagian pusat dalam kedudukan usus besar, telah wujud satu frekuensi tekanan yang amat rendah. Ini sememangnya akan mengundang pelbagai bentuk tenaga asing yang jahat bagi menambahkan kesakitan dan gangguan fikiran.

Rawatan yang boleh digunakan ialah dengan cara mandian dengan air disiram di atas kepala dengan serentak si pesakit menghentakkan kakinya ke tanah berulangkali. Tujuannya ialah apabila frekuensi hentakan sama dengan frekuensi asli tanah tersebut maka satu amplitud maksimum akan dihasilkan.

Kesimpulan

Terapi mandi bunga adalah salah satu kaedah rawatan dalam perubatan Melayu yang berpotensi dalam membantu mencegah dan merawat penyakit. Kombinasi air, warna dan bau wangian bunga didapati dapat menurunkan hormon stres, meningkatkan rasa nyaman dan relaks yang boleh membantu dalam menangani masalah emosi dan mental.

7 Wonders Background

Mandian bunga moden yang menggunakan 7 pati bunga di dalam botol juga bertindak sebagai anti-kemurungan dan meningkatkan paras hormon endorfin dalam darah yang menyumbang kepada rasa “feel-good” dan mengurangkan pesepsi terhadap kesakitan. Kelebihan lain rawatan ini ialah ianya mudah dan murah, yang mana setiap individu boleh melakukan sendiri rawatan ini di rumah masing-masing kerana bahan utamanya hanyalah bunga dan air. Hanya titiskan dalam air sebagai bilasan terakhir, tiada alasan lagi untuk tidak menikmati faedah mandi bunga kepada kesihatan diri.

Similar Posts

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *