10 Cara Melebatkan Rambut Yang Anda Mesti Tahu
Adakah anda mengalami keguguran rambut? Yang pasti, anda tidak keseorangan. Sebenarnya, 40% wanita mengalami keguguran rambut pada usia 40 tahun. Nak tahu cara melebatkan rambut? Terus baca.
Setiap hari rambut kita gugur. Secara purata, rambut akan gugur antara 50 hingga 100 helai sehari dan lebih dari 30,000 helai dalam setahun. Sebilangan besar daripada kita mengabaikan rambut gugur kecuali mereka yang alami alopecia atau bentuk keguguran rambut yang lain dan, walaupun begitu, kita lebih risau kehilangan rambut dari cenderung mencara kaedah untuk mengatasinya.
Ingin tahu penyebab atau faktor terjadinya rambut gugur atau botak pada wanita? Dan bagaimana untuk merawatnya?
Terdapat banyak faktor keguguran rambut – semuanya berpunca dari apa yang kita makan hinggalah bagaimana kita menggayakan rambut kita yang mampu mempengaruhi kekuatan dan kesihatan serat rambut kita.
Tetapi, ada berita baik jika anda memerlukan kaedah untuk keguguran rambut.
Mencari kaedah semula jadi seperti minyak pati untuk membantu keguguran rambut dan pertumbuhan rambut?
Cara Mengetahui Jika Anda Mempunyai Keguguran Rambut
Sekiranya anda tidak pasti berapa banyak rambut anda gugur dalam sehari, anda boleh mengujinya dengan cara berikut:
Sikat rambut anda ke arah depan dari belakang selama satu minit.
Kumpul dan hitung rambut yang tercabut dengan proses ini – anda akan melihat antara 10 hingga 20 helai rambut, bergantung pada usia anda.
Sekiranya lebih dari itu, anda mungkin menghadapi masalah keguguran rambut yang perlu di pandang serius.
Untuk mendapatkan jawapan yang tepat berapa banyak helaian rambut yang gugur, anda perlu melakukan kaedah ini beberapa hari berturut-turut. Dari situ, anda dapat bayangkan betapa makin menipisnya rambut anda.
Apakah Simtom Rambut Gugur?
Adakah anda sedar simptom yang menunjukkan rambut anda semakin menipis? Lelaki mungkin tidak begitu peduli dengan keguguran rambut mereka. Bahkan, ada yang memilih penampilan tanpa rambut ini. Malah, mereka gembira jika ada yang menyamakan mereka dengan aktor terkenal seperti Bruce Willis, Yul Brynner, Vin Diesel atau Jason Statham. Ada yang mengatakan lelaki botak itu seksi. Bagaimana pula dengan wanita? Sudah tentu tidak!
Kerana masalah rambut gugur mungkin boleh mengganggu emosi serta mengurangkan keyakinan diri mereka. Oleh itu, wanita akan memandang masalah ini dengan lebih serius.
Rambut botak pada wanita berbeza daripada lelaki. Walaupun lazimnya lelaki cenderung kehilangan rambut dengan corak ‘tapal kuda’ tetapi wanita mengalami rambut menipis di seluruh kepala dan ada yang dalam bentuk tompokan.
Sekiranya anda mengalami keguguran rambut, anda mungkin akan melihat perkara berikut:
- Rambut yang diikat semakin kecil seperti ekor kuda
- Bahagian botak kelihatan lebih besar dari dulu
- Lebih banyak rambut melekat pada sikat anda
- Lebih banyak rambut di bantal anda
- Lebih banyak rambut di lantai dan bilik air
Sekiranya anda mengalami simtom di atasi, jangan panik! Dalam kebanyakan kes, rambut gugur atau rambut menipis tiada kaitan dengan masalah kesihatan secara keseluruhan. Walau bagaimanapun, ia boleh mempengaruhi emosi dan harga diri seseorang. Kita boleh ikhtiar beberapa kaedah dan rawatan untuk meningkatkan kesihatan, ketebalan dan kekuatan rambut kita.
Punca Rambut Gugur
Punca Biologi Keguguran Rambut
Genetic
Genetik mungkin merupakan penyebab terbesar rambut gugur. Sekiranya salah satu atau kedua ibu bapa anda mempunyai rambut yang sangat nipis, anda juga cenderung mempunyai isu yang sama. Tetapi jangan putus asa!
Diet dengan cara yang salah
Kekurangan nutrien juga boleh menyebabkan rambut. gugur Tubuh memerlukan sejumlah vitamin dan mineral untuk menjalankan semua proses yang diperlukan. Apabila anda tidak mengambil jumlah nutrien yang betul dan mencukupi, tubuh akan mengubah semula nutrien yang anda makan ke bahagian organ yang lebih penting yang jauh dari folikel rambut anda. Lama kelamaan, ini boleh menyebabkan rambut sangat nipis.
Tekanan atau stress
Tekanan atau stress juga boleh menyebabkan rambut nipis dan dengan melakukan aktiviti seperti senaman, meditasi, dan sebagainya dapat menghilangkan tekanan secara semulajadi.
Kehamilan
Semasa kehamilan, rambut menipis disebabkan perubahan hormon. Dan akan bertambah teruk sebaik selepas bersalin. Tetapi kebiasaannya bersifat sementara dan akan tumbuh semula setelah beberapa bulan tempoh bersalin.
Menopaus
Disebabkan perubahan hormon, sebilangan besar wanita yang telah menopaus akan mengalami penipisan rambut juga. Sekiranya anda mengalami masalah ini, berbincanglah dengan doktor atau Aromaterapis anda untuk mengetahui puncanya. Hanya mereka yang dapat diagnosis dengan tepat dan memberi rundingan mengenai jenis rawatan yang paling sesuai untuk situasi ini.
Tabiat Buruk Punca Rambut Gugur
Mengambil pancuran air panas
Walaupun anda mengambil pancuran air panas ketika mandi, usahakan untuk bilas rambut anda dengan air bersuhu sedingin mungkin.
Penggunaan alat penggering dan pelurus rambut
Hadkan penggunaan alat pengering dan pelurus rambut yang panas kepada dua atau tiga kali seminggu sahaja dan mulakan dengan suhu yang paling sejuk.
Diet yang tidak sihat
Adakah anda tahu bahawa rambut diperbuat daripada protein? Atas sebab itulah, untuk mendapatkan rambut yang sihat dan lebat, anda memerlukan diet yang sihat. Jangan makan terlalu banyak makanan segera atau makanan proses. Makan makanan sihat yang banyak protein seperti ikan, ayam dan kekacang.
Menangani rambut basah yang tidak betul
Minimumkan menyikat rambut selepas mandi dengan menyikatnya terlebih dahulu. Kemudian, pekap rambut basah dengan tuala lembut selepas mandi dan jangan gosok atau menarik rambut dengan kuat untuk mengelakkan risiko rambut gugur.
Mengikat rambut dengan ketat
Cuba ikat rambut ke bawah seboleh mungkin terutamanya ketika tidur. Geseran di atas bantal boleh menyebabkan rambut anda gugur. Ketika anda mengikat rambut ke belakang dan rasa seperti kulit kepala tertarik, bermakna ia di ikat dengan ketat. Longgarkan!
Menggaru kepala
Kulit kepala gatal yang disebabkan oleh dermatitis seborrheic boleh mengakibatkan keguguran rambut akibat kerosakan rambut akibat di garu.
Berjemur di bawah sinar matahari
Pakai topi – sebaiknya yang ada pelindung sinaran UV. Masukkan rambut ke dalam topi untuk mengelakkan dari terkena matahari.
Tidak mencuci rambut dengan bersih
Sisa produk, kotoran dan peluh akan menyumbat liang-liang rambut di kulit kepala. Pastikan mencuci rambut setiap dua hari, terutamanya jika anda kerap berpeluh atau menggunakan produk. Untuk mengelakkan kekeringan rambut, beralihlah ke syampu yang bebas sulfat.
Kesan sampingan ubat-ubatan
Rambut gugur juga boleh disebabkan oleh kesan sampingan sesetengah ubat. Ubat-ubatan seperti anti-kemurungan, anti-hipertensi, ubat gout, ubat kanser, steroid atau hormon berpotensi mendapat masalah ini. Dimana ini boleh mengganggu kitaran pertumbuhan rambut yang normal, menyebabkan rambut dalam fasa rehat dan gugur sebelum waktunya.
Cara Melebatkan Rambut
Makan banyak protein
Rambut kebanyakannya terdiri daripada protein, menjadikannya komponen terpenting dalam diet untuk menyihat serta melebatkan rambut.
- Makan daging tanpa lemak, ikan, telur dan produk tenusu yang tinggi protein.
- Kacang, sayuran hijau dan tahu adalah sumber protein yang baik untuk mereka yang vegetarian.
Makan Vitamin A, B dan C
Vitamin ini penting untuk pertumbuhan rambut dan membantu rambut kekal berkilau dan sihat. Apabila anda tidak mendapat cukup vitamin A, B atau C, rambut anda boleh menjadi kering dan rapuh. Pastikan anda makan banyak perkara berikut:
- Kentang, lobak merak, kangkung, labu, yang semuanya kaya dengan Vitamin A.
- Telur, kacang, salmon, alpukat, daging dan dedak gandum yang semuanya kaya dengan Vitamin B.
- Brokoli, sayur hijau berdaun, lada, dan buah sitrus, yang mengandungi Vitamin C yang tinggi.
Pengambilan asid lemak omega 3
Lemak “baik” ini baik untuk menyokong kesihatan kulit kepala anda dan mendorong pertumbuhan sel rambut dan kulit yang sihat. Terdapat dalam ikan salmon, sardin, makarel, flax seed dan walnut. Anda boleh mengambil makanan tambahan ikan atau minyak flax seed jika anda tidak gemar makan makanan yang kaya dengan omega 3s.
Kekal hidrat
Apabila badan anda mengalami dehidrasi, anda akan nampak rambut anda kering, rapuh dan lebih mudah rosak. Pastikan anda kekal hidrasi dengan minum banyak air setiap hari.
- Cuba ganti kopi, minuman soda dan beralkohol dengan air putih jika boleh.
- Bawa sebotol air sepanjang hari supaya anda tidak haus.
Mengubah tabiat penjagaan rambut
Apabila anda berusaha untuk mengurangkan keguguran dan mempercepatkan pertumbuhan rambut, anda dinasihatkan untuk
- Sebaiknya cuci rambut dua atau tiga kali seminggu
- Gunakan syampu anti-rambut gugur untuk menguatkan akar rambut
- Cuci rambut dengan lembut. Jangan gosok atau cuba menariknya. Bilas dengan air suam atau sejuk dan bukan air panas.
Penggunaan alat pengering rambut dan pelurus rambut dengan suhu panas
Pengering rambut dengan suhu yang normal adalah pilihan terbaik. Ini kerana, pengering rambut dan pelorus rambut bersuhu panas adalah antara alat yang akan melemahkan batang rambut dan mengakibatkan kerosakan.
Usah menyikat ketika rambut basah
- Pekap rambut yang basah dengan tuala. Elakkan menarik rambut dengan kasar atau memintalnya.
- Sisir rambut dengan sikat bergigi lebar untuk mengurai rambut. Jika perlu, sapu serum rambut dan biarkan sehingga kering sepenuhnya.
Elakkan gaya rambut yang menggunakan bahan kimia
Mencelup, memutih dan meluruskan rambut dengan bahan kimia boleh menyebabkan rambut rosak. Biarkan rambut anda tumbuh dalam keadaan sihat dan semula jadi. Elakkan gaya yang boleh menarik rambut, seperti tocang bersilang dan gaya rambut yang ketat.
- Seandainya anda ingin mewarnai rambut, gunakan kaedah semula jadi seperti inai yang tidak akan menyebabkan kerosakan.
- Walaubagaimanapun, sekiranya rambut anda kerinting, tidak ada kaedah semula jadi yang akan menjadikannya lurus.
Lindungi dari elemen persekitaran
Matahari, pencemaran udara dan klorin kolam adalah antara elemen persekitaran yang boleh merosakkan rambut anda. Sekiranya rambut anda jenis yang mudah rapuh, ada baiknya melindunginya, sama seperti kulit anda.
- Pakai topi sekiranya anda perlu berada di bawah sinar matahari yang terik.
- Sekiranya anda berada di tempat pencemaran udara yang tinggi, pakai selendang atau topi untuk lindungi rambut anda.
- Ketika berenang di kolam renang, pakai topi renang untuk lindungi rambut anda dari air klorin.
Gunakan minyak pati untuk rambut gugur
Selain rawatan klinikal dan berasaskan ubat, terdapat juga banyak produk-produk penjagaan rambut yang berada di pasaran di mana kebanyakannya mempunyai kandungan bahan kimia yang boleh memberi kesan kemudaratan kepada tubuh kita.
Sebenarnya, terdapat kaedah dari sumber alam semulajadi yang tidak mempunyai kesan sampingan yang memudaratkan malah menyumbang kepada pencegahan rambut gugur dan pertumbuhan rambut dengan cara yang selamat tetapi cepat.
Selain penjagaan kesihatan yang baik seperti penjagaan diet yang betul, selalu bersenam, mengurangkan stress, terdapat banyak kajian menunjukkan minyak pati mampu mencegah keguguran rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut. Bagaimana caranya?
Minyak pati kaya dengan sebatian monoterpen, keton dan fenolik yang mempunyai ciri-ciri seperti anti-radang, antiseptik, anti-virus, anti-peluh, antibakteria, yang tinggi dan sebagainya. Oleh sebab itulah, minyak pati mampu membantu dalam masalah keguguran rambut yang disebabkan oleh inflamasi.
Kajian membuktikan bahawa minyak pati berfungsi sebagai antioksidan untuk mencegah penuaan, meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan membaiki kerosakan sel tubuh yang disebabkan oleh radikal bebas.
Minyak pati seperti Rosemary, Thyme, Cedarwood, Lavender, Peppermint dan beberapa minyak pati lagi telah diuji dalam beberapa kajian dan terbukti dapat membantu dalam masalah keguguran rambut. Terdapat peningkatan pada ketebalan kulit serta bilangan folikel, yang menunjukkan ianya berfungsi dengan baik untuk melebatkan rambut.
Robert Tisserand, Pengasas Institut Tisserand, organisasi penyelidikan dan pendidikan terkemuka dalam seni dan amalan aromaterapi telah melakukan kajian pada tahun 2015 kepada 100 peserta yang mengalami keguguran rambut. Separuh daripada peserta menggunakan minyak pati Rosemary dan separuh lagi menggunakan ubat yang disebut Minodoxil. Selepas enam bulan penggunaan, kesemua para peserta ini dilihat oleh pakar dermatologi. Penemuan menarik: Peserta yang menggunakan minyak pati Rosemary menunjukkan kekurangan dalam jumlah helaian rambut yang gugur, pertumbuhan rambut lebih banyak dan sedikit kesan sampingan.
Rumusan dari penyelidikan ini: Terdapat dua hasil kajian iaitu kesan dari minyak pati dibandingkan dengan kesan minoxidil. Walaupun terbukti minoxidil diakui secara meluas sebagai penyelesaian untuk keguguran rambut tetapi ianya mempunyai banyak kesan sampingan jika dibandingkan dengan minyak pati.
Minyak Pati Terbaik Untuk Melebatkan Rambut Gugur
Berikut adalah minyak pati yang terbaik dan terbukti membantu untuk merangsang pertumbuhan rambut baru.
Minyak pati Rosemary
Minyak pati Rosemary mempunyai sifat antiseptik yang tinggi yang boleh merawat kulit kepala daripada jangkitan dan kelemumur.
Minyak pati Rosemary didapati mempunyai keupayaan yang sama seperti ubat Minoxodil 2% dalam merawat botak bahkan dapat mengurangkan gatal kulit kepala berbanding ubat Minoxodil.
Minyak pati Lavender
Dalam penggunaan aromaterapi, Lavender sering menjadi pilihan kerana ianya berupaya untuk menangani segala masalah kesihatan selain sering digunakan untuk menenangkan emosi dan mengurangkan stres. Lavender berkesan untuk merawat dan memberi kesegaran buat rambut anda.
Menurut kajian, minyak yang diekstrak dari Lavender ini dapat membantu memulihkan semula rambut bermasalah dengan proses melebatkan rambut dan mengurangkan masalah kebotakan bertompok atau lebih dikenali sebagai alopecia. Lavender juga bersifat antimikrobial yang berfungsi sebagai agen pencegah bakteria. Jika anda aplikasikan minyak ini pada kulit kepala, ianya dapat mengurangkan masalah kegatalan dan kelemumur serta jangkitan dengan berkesan. Ekstra poin, Lavender juga mampu memberi efek menenangkan dan aroma berpanjangan buat rambut anda.
Minyak pati Peppermint
Peppermint bukan sahaja dapat menyegarkan kulit kepala, malahan ianya bertindak sebagai agen anti-inflamasi jika anda alami masalah keradangan yang menyebabkan terjadinya kemerahan atau ‘flakey’. Dengan mengandungi bahan utama seperti menthol dan limonene, pati minyak Peppermint ini juga mampu berfungsi untuk menenangkan kulit kepala akibat inflamasi.
Selain itu, jika anda sering alami sakit kepala atau migrain, gunakan produk yang mengandungi pati minyak Peppermint dan urutkan perlahan-lahan pada kulit kepala agar bahan-bahan yang terdapat di dalamnya dapat menyerap terus hingga ke akar umbi. Terbaik dalam menghalang masalah kelemumur dan jangkitan kutu, produk mengandungi pati minyak Peppermint disyorkan untuk kegunaan harian anda.
Minyak pati Cedarwood
Cedarwood merupakan bahan yang dapat mengatasi masalah keguguran rambut. Bukan itu sahaja, Cedarwood juga dapat menghalang kulit kepala anda daripada menjadi ‘flakey’ atau masalah kelemumur yang teruk.
Minyak pati Clary sage
Menggalakkan pertumbuhan rambut dan dapat mengurangkan keguguran rambut yang berkaintan dengan masalah hormon.
Cara Penggunaan Campuran Minyak Pati Untuk Rambut Gugur
Sebelum menggunakan minyak pati di atas, terlebih dahulu anda perlu mencampur atau mencairkan 2-3 titik minyak pati tersebut bersama 1 sudu besar minyak sayuran seperti argan, zaitun, minyak kastor, minyak kelapa, minyak biji anggur dan sebagainya. Pastikan untuk melakukan ujian pada kulit anda terlebih dahulu!
Setiap kali selepas mencuci rambut anda, sapukan campuran tersebut pada rambut dari akar hingga hujung, dengan memberi tumpuan kepada kulit kepala di kawasan botak. Urut kulit kepala secara perlahan selama 10 minit dan biarkan ia meresap ke dalam liang rambut. Lakukan sekerap mungkin tetapi anda perlu memastikan kulit kepala anda bersih dari kekotoran atau peluh yang tidak menghalang penyerapan minyak pati dari masuk kedalam folikel rambut
Kesimpulan
Agak menyedihkan bila pertama kali kita menyedari rambut kita semakin banyak gugur dan semakin menipis. Kebanyakan dari kita melihat, ini adalah sebahagian dari faktor penuaan yang tidak semestinya perlu dirawat. Tetapi penuaan hanyalah salah satu daripada banyak faktor untuk rambut gugur dari banyak-banyak faktor lain. Setelah mengetahui apa yang menyebabkan masalah ini, akan menjadi lebih mudah untuk mengetahui cara penyelesaiannya.
Nak melebatkan rambut anda dengan minyak pati? Cuba Rich.
mcm mana nk beli?
Hi Encik Syafiq,
Klik link untuk buat pembelian di website kami : https://gritz.my/product/rich-hair-growth-essential-oil/