Mandi Bunga Untuk Buka Aura Anda Mesti Lakukan
Mungkin ada yang bertanya… Apa itu Aura? Nak tahu tentang mandi bunga untuk buka aura?
Aura merupakan medan tenaga yang hidup yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Ianya juga digelar sebagai human biofield, gelombang elektro-magnetik jaluran tenaga atau wap-wap air dalam warna-warna pelangi yang diserap.
Pancaran tenaga di luar tubuh ini terhasil daripada proses metabolisme yang terjadi di dalam tubuh sehingga membentuk pancaran gelombang tenaga yang terdiri daripada ion positif dan ion negative yang berbentuk telur raksasa. Sungguhpun sinar aura itu tidak kelihatan, sebenarnya ia wujud di persekitaran kita dan menyelebungi tubuh kita, haiwan serta tumbuhan hidup.
Terdapat cara untuk melihat aura iatu menerusi fotografi Kirlian. Sekarang ni, di kedai-kedai gambar pun dah ada yang menggunakan kamera inframerah yang kita boleh guna untuk melihat aura. Walaubagaimanapun untuk melihat aura secara langsung juga boleh dilakukan dengan kebolehan spritual yang memerlukan kehalusan jiwa dan ketenangan.
Bahasa yang lebih mudah lagi; AURA juga boleh ditafsirkan sebagai “pancaran qalbu”.
Kenapa?
Istimewa sekali sifat aura ini, jika kita perhatikan di persekitaran kita adakalanya individu yang mendampingi kita atau berjumpa dengan kita, bukanlah seorang yang cantik atau kacak serta hebat penampilan imejnya tetapi wajah serta pembawakan diri mereka cukup menenangkan, pemikiran, akhlak dan budibicara yang sopan, teratur, jujur, ikhlas, tepat, padat dan terperinci cukup mempamerkan kejernihan hati dan karisma diri mereka. Itulah ciri-ciri individu yang memiliki aura yang cantik, harmoni dan hebat. Tembok aura orang seperti ini sukar dicerobohi oleh elemen tenaga negatif.
Namun sifat aura ni boleh berubah seiring dengan perjalanan emosi, minda, fizikal dan rohani individu. Fitrah kehidupan insan yang tidak pernah lepas dari dugaan dan cabaran tambahan pula dibesarkan dalam latar belakang serta sejarah yang berbeza menyebabkan ada ketikanya pancaran aura menjadi tidak harmoni, kelam, lemah, bocor, tersumbat atau ada sesetengah menganggapnya tidak seimbang. Keadaan ini boleh mengakibatkan individu itu melalui fasa yang dinamakan “Emotional Blockage”.
Dalam ilmu terapi aura, ‘emotional blockage’ yang berlaku jika tidak dirawat atau ditangani dengan baik boleh jejaskan perkembangan personaliti diri kita seperti kurang keyakinan diri, panas baran, ego yang tidak bertempat, berfikiran negatif, tidak boleh terima teguran atau pendapat orang lain, mudah mengalah, putus asa, kecewa, sensitif yang keterlaluan, gopoh, keliru, tiada pendirian, hidup dikuasai oleh orang lain, pendendam dan sebagainya.
Ciri-ciri seseorang yang kebocoran Aura
Ciri-ciri individu yang memiliki personaliti yang disebutkan di atas jelas menunjukkan pancaran auranya tidak cantik dan harmoni. Keadaan ini nanti bukan sahaja menganggu perkembangan personaliti bahkan juga dari sudut fizikal dan kesihatan.
Di mana dari sudut saintifik pula, apabila seseorang individu itu berada di dalam keadaan stress, murung atau tertekan ianya akan:
- menggangu sistem immunisasi tubuh mereka
- tubuh akan menjadi lebih asidik dan ditakuti ini akan merangsang pembiakan sel barah dalam tubuh.
- perlahankan metabolisme individu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan, perlu elakkan diri dari stress. Jika tidak, sia-sia sahaja percubaan kita untuk hilangkan berat badan. Malah jika dibiarkan stress berlarutan, ianya juga boleh membawa kepada masalah kesihatan yang lain seperti kegagalan buah pinggang, serangan jantung, kurang kesuburan, migrane, insomnia, diabetes, tekanan darah tinggi, gangguan tiroid, asma dan lain-lain.
Pendek kata, ‘emotional blockage’ atau aura tubuh yang bermasalah tadi jika tidak di rawat akan menyebabkan individu terjerat dalam keadaan stress dan kemurungan termasuk kepompong pemikiran, personaliti yang negatif bahkan boleh menjejaskan kesihatan individu tersebut.
Berikut adalah ciri-ciri seseorang yang kebocoran aura:
- Emosi mudah terganggu, mudah naik angin, pemarah, sering sedih, gelisah dan stress
- Sentiasa ada masalah dalam hidup. Nasib malang bertimpa-timpa.
- Sukar mendapat rezeki.
- Kurang disenangi orang lain.
- Cenderung untuk melakukan perkara negative.
- Bernasib tidak baik.
- Mudah jatuh sakit.
- Tiada keyakinan diri.
- Selalu gagal dalam kerjaya dan percintaan.
- Mudah terkena histeria, di rasuk makhluk halus.
Kaedah penjagaan Aura
Terdapat 4 kaedah penjagaan aura diri iaitu:
- Jaga Minda
- Jaga Fizikal
- Jaga Emosi
- Jaga Spiritual
Dan untuk menstabilkan ke empat-empat perkara diatas, kita perlu memastikan perkara-perkara berikut dilakukan agar tetap terpelihara dan cantik.
- Jaga solat dan hubungan dengan Allah swt.
- Makanan yang sihat dan seimbang.
- Cukup tidur dan istirehat.
- Rajin bersenam. Nak tahu tips kurus, tekan pautan ini.
- Jaga emosi.
- Mandi bunga
- Mendengar muzik yang santai.
- Memakai wangian (Sunnah)
- Meditasi / Beribadah.
- Teknik Pernafasan.
- Self Healing dengan kaedah Aromaterapi bersama minyak-minyak pati
Apakah tujuan mandi bunga buka Aura?
Tujuan mandi aura adalah memanfaatkan gelombang energi dari matahari yang terperangkap di bunga-bungaan, ditambah keajaiban dari wangian minyak pati 7 Wonders, untuk mengubah dan mencipta frekuensi aura baru pada sistem energi kita yang melakukan mandian untuk tujuan-tujuan yang kita inginkan.
Apakah manfaat mandi bunga buka Aura?
Hakikatnya tidak ramai yang tahu tentang kebaikan mandi aura. Malah ianya sudah diperakui oleh pakar-pakar kecantikan dan juga sebagai rawatan alternatif untuk merawat aura yang bocor dan bermasalah.
Terkini, terdapat banyak produk-produk aura di pasaran yang menggunakan adunan daripada adunan 7 pati bunga-bunggaan yang dipilih yang berupaya menjana organ dalaman agar sentiasa stabil dan berfungsi dengan baik. Ia sesuai untuk kegunaan harian samada bagi tujuan kesihatan, kecantikan, keharmonian rumahtangga, meningkatkan kecerdasan minda, meredakan tekanan perassaan, menceriakan emosi dan sebagainya.
Terlalu banyak manfaat mandi aura yang digunakan sebagai ikhtiar seperti:
- Tenang & ceria sepanjang hari
- Pulih semangat diri
- Pengikat kasih suami isteri
- Pelembut hati anak / pasangan
- Pemudah urusan
- Tingkatkan keyakinan diri dan serlahkan potensi diri
- Harum & segar sepanjang hari
- Naik seri / Nur wajah
- Bangkitkan energi positif
- Menampal & merawat kebocoran aura dan besarkan aura diri
- Kurangkan depresi kemurungan dan masalah berkaitan emosi
- Membantu menangani serta mengelakkan gangguan makhluk halus
Apa itu mandi bunga?
Amalan mandi bunga ini sebenarnya tidak asing lagi dalam budaya masyarakat Melayu. Orang dahulu kala percaya bahawa amalan mandi bunga ini berkesan bagi menaikkan aura seri wajah, membuang aura negatif diri dan memulihkan semangat.
Ini kerana campuran bunga-bunga pilihan yang berwarna-warni secara tidak langsung merawat dan menjadi terapi minda semasa mandi.
Ini kerana bunga-bungaan merupakan tumbuhan yang paling banyak menyerap cahaya matahari dan mengandungi banyak khasiat tersembunyi.
Kemudian apabila berendam dalam tab mandian bersama campuran bunga-bunga ini, segala khasiat yang terdapat di dalam bunga akan meresap masuk ke dalam tubuh dan sekaligus membuatkan tubuh jadi lebih segar serta berseri dari dalam.
Pun demikian, untuk wanita yang tidak mempunyai kemudahan tab mandi usah bimbang. Solusinya, kita hanya perlu mengisi baldi dengan air, lalu dicampurkan bersama 7 jenis bunga yang telah dipilih atau kaedah mandi bunga moden dengan hanya titiskan minyak pati bunga ke dalam bilasan mandian terakhir.
Mandi bunga memang boleh menyerlahkan aura dalaman wanita, dengan mandian dari pelbagai jenis bunga-bungan yang berlainan jenis, warna dan bau ini mempunyai manfaat dan fungsi tersendiri bagi menaikkan aura diri.
Aura yang sihat akan menyebabkan tubuh badan kita sihat. Kita akan sentiasa bertenaga dan aktif jika sistem tenaga dalam badan kita berfungsi dengan harmoni. Ketidakseimbangan tenaga dalam badan, akan menyebabkan aura menjadi lemah seterusnya badan akan terasa sakit-sakit, demam, tidak bermaya, malah penyakit-penyakit lain juga akan timbul.
Apabila aura bersih dan bersinar, semua tenaga-tenaga positif akan mudah menghampiri kita. Ini kerana aura positif akan menarik perkara-perkara positif. Segala ilmu akan mudah diterima kerana kita menjadi lebih tenang dan bersedia menghadapi cabaran.
Ada cara yang boleh menjadikan aura seseorang semakin besar. Bila gelombang aura besar In Syaa Allah kita akan jadi lebih positif. Apabila anda ingin mempunyai aura tubuh dan wajah yang bersinar sehingga banyak orang yang memandang, adalah disarankan untuk mandi bunga atau juga dikenali sebagai mandi aura.
Kaedah mandi bunga buka aura
Terdapat banyak kaedah mandi aura dan berikut adalah tatacara yang mudah untuk untuk membuka aura diri.
- Perlukan 7 jenis bunga yang segar, mekar dan harum. Sebaiknya bunga dari pelbagai warna yang terdapat pada 7 warna pelangi yang berbeza. Kelopak bunga dileraikan di dalam baldi atau besen berisi air.
- Boleh titikkan wangian minyak pati 7 Wonders ke dalam besen yang berisi bunga tadi atau untuk lebih mudah, hanya gunakan 7 Wonders sahaja.
- Anda ditegah mengelap sisa air yang masih ada di badan. Ia harus dibiarkan kering sendiri dan khasiat dari bunga-bunga tadi dapat menyerap ke dalam badan kita.
Antara bunga-bungaan yang wangi yang sering digunakan adalah seperti bunga kenanga, bunga rose bunga mawar kampung, bunga susun kelapa, bunga kesidang, bunga tanjung. bunga cempaka, bunga melur, bunga harum sedap malam dan sebagainya.
Sebelum mandi perlu di baca Al-Fatihah 7 kali, surah Kursi 7 kali dan selawat nabi 7 kali pada air dalam bekas yang berisi bunga-bunga tersebut dan di buat sebagai bilasan terakhir selepas mandi seperti biasa. Doa terpulang kepada masing-masing. Berikut antara contoh-contoh doa agar mempunyai aura tubuh yang besar dan bersinar.
Doa mandi bunga untuk buka Aura
- ‘Robbana at-mimlana nurrona waghfirlana innaka ala kulli syai’in qadir’. Terjemahannya: “Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.” – (Qs.At-Tahrim :8)
- “Ya Allah jadikanlah ikhtiarku ini asbab kecantikan aura diriku, penyembuhan rohani dan jasmaniku, kembali pulih sepertimana keluar aku dari perut ibuku dulu”
- “Ya! Allah jadikanlah cahaya pada hatiku, cahaya pada lidahku, cahaya pada penglihatanku, cahaya pada pendengaranku, cahaya pada bagian kananku, cahaya pada bagian kiriku, cahaya pada bagian atasku, cahaya pada bagian bawahku, cahaya pada bagian depanku, cahaya pada bagian belakangku, cahaya pada seluruh jiwaku dan besarkanlah cahaya untukku”.
Mengapa guna bunga?
Menurut kajian sains, terdapat khasiat atau penawar pada setiap tumbuh-tumbuhan termasuklah bunga yang dapat memulihkan kembali organ-organ dalaman agar kembali bekerja dengan normal.
Dalam masa yang sama, warna juga dikatakan mempunyai terapi yang bertindak sebagai penghantar isyarat dalam bentuk getaran dan sebagai manusia setiap getaran yang di terima boleh cetuskan rasa teruja, gembira dan tenang. Dan dalam ilmu Auraterapi, setiap warna juga mewakili aura yang berbeza.
Dan mengapa 7 jenis bunga digunakan? Sebagaimana bumi di lindungi dengan 7 lapisan langit, tubuh manusia juga di lindungi oleh 7 lapisan aura dan semuanya berkaitan dengan warna. Oleh itu secara realitinya, apabila warna mewakili setiap aura pada tubuh kita maka warna-warna dalam 7 jenis bunga yang di jadikan mandian itu juga adalah alternatif yang terbaik untuk mengekalkan perlindungan untuk kesihatan dan perlindungan 7 lapisan aura pada tubuh manusia.
Kesimpulan
Walaupun rawatan mandi bunga ini sudah lama wujud, masih ramai wanita yang tidak pernah melakukannya kerana menganggap ianya tidak perlu dan membazir. Namun dalam rentak hidup yang sibuk sekarang ini, kita perlu luangkan masa untuk memanjakan diri demi kesihatan dan kesejahteraan sekeluarga.
Apapun, perlu diketahui bahawa bukan mandi bunga itu yang membuatkan anda berjaya mencapai apa yang dihajati tetapi disebabkan oleh ketentuan Allah SWT. Jangan memesongkan akidah atas perkara yang sangat mudah. Boleh mendatang kurafat. Mandi bunga tidak menjadi kesalahan untuk diamalkan. Malahan di kebanyakan spa juga mengamalkan konsep yang sama. Tetapi jangan pula menganggap mandi bunga mampu menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi kerana disebalik mandi bunga hanyalah ikhtiar seorang manusia sahaja.
Tekan Butang di bawah untuk mengetahui mandi bunga 7 Wonders.